Sunday, April 25, 2010

Kepada orang KL dan mereka yang berada di kawasan yang sewaktu dengannya..

Dalam entry lepas aku penah citer pasal HOMEDEC 2010 yang dibuat di Penang. So sekarang sampai turn orang KL dan mereka yang sewaktu dengannya pulak merasa kemeriahan HOMEDEC 2010.



Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh: 29 April sampai 2 Mei 2010
Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

MASUK PERCUMA!!!!!!

Pameran berkaitan:

• Kitchen & Home Appliances
• Bath & Sanitarywares
• Home Security
• Bedroom & Wardrobe
• Furniture & Furnishing
• Decorative Items & Lighting
• Interior & Décor
• ID Clinic & Landscape
• Home Technology
• Support, Services & Consultancy

Aku rasa la kan HOMEDEC kat KL ni mesti lagi dasat dan gler meriah. Sebab ruang pameran besar, mesti banyak gler booth. Korang jugak ada chance nak menang hadiah yang berjumlah RM 40000. Kalo nak tau apa lagi yang menarik pasal HOMEDEC KL nih check sini. Ohh... satu lagi yang aku rasa menarik. Pada 1 dan 2 Mei ada HOMEDEC workshop. Salah satu tajuk yang aku rasa menarik dari Eric Leong-Renovation Checklist. Tengok sini untuk tajuk-tajuk workshop yang lain.

Sini aku nak share sket-sket benda yang menarik semasa HOMEDEC di Penang. Basically HOMEDEC di KL mesti ada pameran yang lebih kurang macam ni dan aku rasa lebih lagi kot.

1) Discount sana sini. Salah satu yang sangat-sangat-sangat menarik adalah discount dari Floor Depot. 50% okeh. Kalo harga biasa RM7.50sqft. Berbaloi-baloi kay. Time pameran cenggini most exhibitors akan buat discount gilak-gilak.

2) Nak tengok home appliances yang moden, menarik, canggih, stylo? Sini lah tempatnya. Aku penah citer pasal EUBIQ GSS SYSTEM dalam entry lepas. This thing memang rock. Check out this entry.

3) Free consultation on home/kitchen renovation. Jangan lupa bawa floor plan rumah korang. So diorang bleh tolong estimate the cost of renovation untuk korang.

4) Ada games & contest yang menarik. Try jangan tak try..!!

So konklusinya, kepada mereka yang dah ada rumah, dah beli rumah, plan nak beli rumah yang terasa macam nak deko..deko..deko.. sendri rumah korang tanpa hire professional interior designer, HOMEDEC adalah tempat yang patut korang pegi.

Kalo la nak pegi KL tu macam nak pegi Penang jek maunyer dah terjah HOMEDEC nih. So.. nia unlisted one, bleh la jenguk HOMEDEC nih.. wink!

Monday, April 12, 2010

Jakun sekejap...

Last weekend aku pi HOMEDEC 2010 kat PISA Penang. Macam-macam home appliances yang dijual kat pameran tu. Tapi satu benda ni menangkap btol!

EUBIQ GSS SYSTEM

Amendenyer ni? Ini la bendanyer.

Inilah rupa Eubiq GSS System

Eubiq ni adalah plug point moden gitu. Boleh dipasang dimana-mana power source. Yang penting kena ada power track.


Benda panjang dalam gambar di atas adalah power track. Pasang power track kat mana-mana power source (soket) then dah bleh guna. Yang tak bestnya power plug dier mahal. Kalo masa HOMEDEC dalam RM60-RM90 seketul.


Cara-cara nak pasang eubiq system.
Mudah jek kan.

Nak on power pusing jek power plug tu
.



Inilah ciri-ciri keselamatan eubiq system. Kalo anak-anak kita korek pon takkan kena renjatan elektrik sebab kawasan yang bleh dimasuki jari tu adalah ruang yang telah dibumikan (btolkah term ni)


Bleh dipasang di dapur.
Kelebihan eubiq adalah ianya hanya perlukan satu power source sahaja

walaupon nak guna power track sepanjang ni. Sangat flekxible sebab power plug tu bleh diubah kedudukan dier sepanjang power track tu.


Dan juga bleh dipasang di atas meja

Atas lantai pon bleh.

Harga??? Di pameran HOMEDEC itu hari untuk power track sepanjang 2.4 meter plus 4 power plug total RM967 . Harga biasa kat luar RM1395. Not bad la kan.

For more info visit these websites

EUBIQ

GSS SYSTEM

Semua gambar dari eubiq.com

Tuesday, April 6, 2010

50 Most Trusted People In Malaysia

Dia Bintang Paling Popular 2009. But she's not at the 1st place in the list. Sorry Datuk!

Survey ni telah dijalankan oleh Reader's Digest. Antara 50 orang yang DIPERCAYAI itu adalah:

1) Nicol David (squash world champion)
2) Dr Jemilah Mahmood (founder of Mercy Malaysia)
3) Lee Chong Wei (badminton Olympic silver medalist, Beijing Games)
4) Lat aka Mohd Nor Khalid (cartoonist)
5) Jimmy Choo (shoe designer)
6) Adibah Noor (singer/actress)
7) Michelle Yeoh (Hollwood actor)
8) Jins Shamsuddin (veteran actor)
9) Afdlin Shauki (aka Chief Kodok, actor/comedian)
10) Chef Wan (chef)
11) Paduka Sharifah Mazlina (adventurer, first Malaysian woman Antarctic Solo Expeditor)
12) Misbun Sidek (badminton coach)
13) Ivy Josiah (executive Director, Women’s Aid Organisation)
14) Marina Mahathir (AIDS advocate)
15) Aznil Nawawi (actor/compere)
16) M Nasir (singer)
17) Zang Toi (designer)
18) Rashid Sidek (badminton player)
19) Jailani Sidek (badminton world champion)
20) Gurmit Singh K.S. (executive director of the Centre for Environment)
21) Amy Mastura (singer)
22) Sheila Majid (singer)
23) Siti Nurhaliza (singer)
24) Shebby Singh (former football coach, football presenter)
25) Razif Sidek (badminton player)
26) Jaclyn Victor (Malaysian Idol)
27) Maya Karin (actress, television personality and singer)
28) Ahmad Idham (movie director)
29) Harith Iskandar (comedian, actor)
30) Erma Fatima (actor)
31) Ramli Ibrahim (choreographer)
32) Sheikh Muszaphar Shukor (astronaut)
33) Irene Fernandez (migrant worker activist)
34) Kee Thuan Chye (dramatist, poet and journalist)
35) Aziz M. Osman (director)
36) Tiara Jacquelina (actress/producer)
37) Alex Yoong (race car driver)
38) Asha Gill (television personality)
39) Fish Leong (singer)
40) Soo Kui Jien (tv presenter)
41) Mano Maniam (Fulbright scholar/actor)
42) Deanna Yusoff (actress)
43) Sharifah Amani (actress)
44) Reshmonu (singer)
45) Lee Sinje(actress)
46) Ning Baizura (singer)
47) Ella aka Norzila binti Haji Aminuddin (singer)
48) Lillian Too (feng shui master)
49) Awie (singer-actor)
50) Azwan Ali (TV host)

Ramainya artis! Sape la respondents diorang nih ek???
Ok.. kita tengok plak yang ni.

Top 10 Most Trusted Porfessions in Malaysia

1.Pilot
2.Teacher
3.Doctor
4.Paramedic
5.Firefighter
6.Surgeon
7.Scientist
8.Dentist
9.Pharmacist
10.Nurse

Hurm.... no comment! jom compare ngan Singapore

Top 10 Most Trusted Profession in Singapore

1. Firefighter
2. Doctor
3. Judge
4. Teacher
5. Surgeon
6. Pilot
7. Paramedic
8. Nurse
9. Pharmacist
10. Dentist

So... agak-agak la kan. Hubby/wife/bf/gf korang tempat ke baper yer?? Wink!



















Friday, April 2, 2010

Mari ramai-ramai serbu PISA, Penang 2-4 April 2010!


HOMEDEC 2010 akan memeriahkan utara pada 2-4 April di PISA (Penang International Sports Arena) Penang. Kalo tak silap ni kali ketiga HOMEDEC diadakan di Penang. HOMEDEC adalah singkatan kepada Home Decoration Exhibition. So it's all about deko..deko..deko!!

Aku tak penah lagi pi HOMEDEC ni. Sebab tak penah tau pon ada exhibition macam ni. Sib baik la tertengok iklan pasal HOMEDEC ni dalam magazine Squarerooms. Squarerooms adalah majalah pasal deko..deko..deko. So untuk tahun ni aku dah gitau hubby awal-awal yang aku nak sangat-sangat gi tengok exhibition ni. Nak jugak tau apa yang ada kan. Nawaitu yang sebenar-benar nak cuci mata! =p Hopefully banyak barang-barang cantik. Hahaha... =p

Apa yang menarik di HOMEDEC Penang tahun ni?

1) HOMEDEC Contest
RM30 000 hadiah yang boleh dimenangi (cash and products)

2) HOMEDEC Seminar
Ada 3 slot yang bertajuk How To Paint Your Wall Right by Nippon Paint, Renovation Checklist by Eric Leong dan Bathroom Lifestyle by Flowline Sdn Bhd.

Kepada yang berminat nak pegi exhibition ni start pukul 11 pagi sampai 9 malam. Masuk FREE! Untuk orang berada di KL dan Johor serta mereka yang sewaktu dengannya good news.! Di KL HOMEDEC 2010 akan diadakan di KL Convention Centre pada 29 April hingga 2 Mei manakala di Johor pada 6-8 Ogos diadakan di PERSADA International Convention Centre. Untuk maklumat lanjut klik website HOMEDEC.

Wednesday, March 31, 2010

The Simplest Giveaway Ever!

Jom join giveaway by Byzura Razali. Simple sangat.
Sangat seswai untuk orang yang malas mengarang macam aku. Hahaaaa.. =p
Klik banner di bawah ni untuk mengetahui syarat-syarat giveaway ni.
Cepat sebelum 25 April ni!


Friday, March 26, 2010

Nur Dayana Insyirah's 1st Birthday Give Away


Sempena cukup setahun umur E-ein, Cat telah menganjurkan satu Give Away. Sama la kita Cat. Ilham pon baru jek masuk setahun 15 Mac lepas. Cat ni aku kenal thru MBP.

Di samping full time vet Cat buat photography jugak! Cat ada photography blogshop iaitu Kedaigambarkami. Kalo korang nak Cat design header or blog batch pon bleh jugak. Multi talented btol si Cat ni!

Contest ni ada 2 kategori. Kategori A dan Kategori B. Korang bleh join salah satu kategori jek. Tak leh join dua2. Aku pilih kategori B. Sebab sejak beli SSC LP aku tak penah join pape contest pon related ngan babywearing. So kiranya nak rasmi gambar aku berbabywearing ngan contest Cat. Nak tau syarat-syarat nak join contest Cat ni klik sini kay..

Aku beli SSC ni dari Jess Peekaroo pada Oktober tahun lepas. Disebabkan masa tu H1N1 strike so jarang la keluar bawa ilham jalan-jalan. Jadinya SSC tu tak dapat digunakan seoptimum mungkin. Sehinggalah aku ikut hubby berkursus di Cameron Highlands. Masa ni la guna SSC ni habis-habisan. Memang puas hati beli. Berbaloi-baloi!

Aku beli corak stripes. Kalo hubby pakai untuk babywear ilham pon
tak la nampak jambu sangat. Muahahah... Yerr..yer jek aku. =p

Sepanjang di Cameron memang aku guna SSC Lp ni untuk carry ilham. Banyak gambar aku berbabywear sepanjang pi Cameron nih. Tapi aku pilih gambar kat Ladang Teh Boh sebab banyak2 tempat kat Cameron, Ladang Teh Boh merupakan tempat yang paling mencabar fizikal aku untuk carry Ilham. Nama pon ladang teh kan. Mesti lah berbukit-bukit. Hujan plak tu. Hubby carry dia nyer DSLR kerana merangkap sebagai photographer. Model utama di dalam gambar di bawah ini adalah cayang aku Muhammad Ilham Rafif yang baru saja masuk setahun.


Kecantikan yang memukau mata hati jiwa..

Kecantikan itu milik Ladang Teh Boh Sungai Palas, Cameron Highlands

Setelah mengisi perut dengan seteko teh dan sepotong kek, tibalah misi untuk menapak turun. Saja ngada2 amek jalan bertangga ni instead of jalan tar. Tengok.. the power of babywearing. Bleh pegang2 payung dalam hujan dan tangan pon tak lenguh nak dukung baby.

Baik-baik.. licin tu..!


Fuhhh... macam tak caya jek bleh menapak dari atas tu
sampai ke bawah sambil dukung ilham.


Pasan tak? Sampai tertido ilham..! Mama yang menapak dier plak yang letih lebih-lebih.

Close up sket.. Nyenyak anak mama yer.
Sejuk2 cani memang best tido. =)

Puas hati sangat ngan SSC Lp ni. Pasni rasa-rasa macam nak sambar ring sling plak. Tingin sangat RS jumpasac. Mungkin juga Snuggbaby giveaway dari Cat??

Monday, March 22, 2010

Mengimbas setahun yang lalu... (The journey of love)

15 Mac 2010..
Genap umur Ilham setahun. A'ahh.. Dah setahun pon si kecik tu. Cepat btol!

Ni kira back dated entry la. Maklumlah. Chek kalut dengan macam-macam hal lately. Hahaa.. Sokmo sebok! =p

Sepanjang aku mengandungkan Ilham Alhamdulillah tak de masalah langsung. Tak de mabuk-mabuk or mengidam. Selera makan macam biasa sebab kalo tak pregnant pon aku sentiasa jek berselera. Hihiii.. =p

Sampai lah 15 mac 2009. Aku kat rumah mak kat Kulim. Masa aku tengah breakfast sorang2 (Hubby tido lagik) tiba-tiba aku rasa baju kelawar yang aku pakai tu basah. Masa tu 8.30 pagi. Pelik gler masa tu. Takkan la terkencing dalam seluar plak sebab tak rasa macam nak terkencing pon. Malas pikir panjang aku pon masuk bilik tukar baju. Tiba-tiba air kuar lagi sekali ngan darah. Habis lantai bilik. Banyak ok. Terus aku kejut hubby. Boleh hubby aku buat tatau jek. Sampai la aku cakap bangun cepat dah bleeding ni. Terus dia bangun mengejut sampai aku pon terkujat jugak. Apa daaa.. Sib baik tak terberanak kat situ jugak sebab terkejut. Part paling lawak bleh hubby aku tanya nak buat apa. Adess! Aku gitau mak ada kat bawah. Gi panggil cepat.

On da way nak pegi hospital air tak henti-henti kuar. As expected kena warded. Dah nama spital kerajaan, sah-sah hubby tak bleh tunggu. Parents aku ngan hubby pon balik. Dan sampai lah part yang paling tak nak ingat. 8.30 malam hari yang sama tiba-tiba aku tak sedap badan. Puas lah aku panggil nurse minta dia check body temperature. Setiap setengah jam aku panggil nurse diorang asik minta tunggu kejap sebab katanya diorang ada keje lain. Bler aku minta Paracetamol diorang tak nak bagi. Hangen btol. Dah la sakit sebab contraction dah start.

Sampai lah around 10 mlm sorang nurse nampak aku dah berselimut satu badan. Baru lah terhegeh-hegeh datang check temperature tanpa aku minta. Temperature aku 38 degree kalo tak silap. Terus dier check fetal heart. Baby aku tachycardic (heart rate laju)! Apa lagi kelam kabut la diorang panggil doktor. Lepas doktor check and consult specialist aku kena emergency operation. Bler call hubby terkujat la dier. Everything happened in half an hour. So perasaan rasa macam melayang jek bler ditolak masuk ke bilik operation. Serius rasa macam tengok drama kat tv. Bunyi roda stretcher plus lampu-lampu kalimantang sepanjang jalan ke bilik operation buat aku gabra btol. Parents aku ngan hubby dah terpacak kat luar bilik bedah. Menambahkan scene drama swasta, mak ngan hubby dah cium-cium aku. Adoiiii.. Rasa tak rela nak masuk bilik operation tu. Rasa nyawa aku akan berakhir di dalam bilik tu jek nanti. Doktor dan staf lain kat dalam bilik tu semua cakap aku sangat cool dan bleh senyum sengih-sengih lagi. Padahal dalam hati Allah saja yang tau betapa gabranya. Aku makin cool bler semua doktor kat dalam bilik bedah tu sangat friendly. Two thumbs up untuk semua doktor dan staf yang menjayakan operation masa tu. Nurses yang datang check kat rumah masa dalam pantang cakap diorang jahit tempat bedah tu cantik sangat. Dipendekkan cerita baby aku selamat dikeluarkan. Bler doktor tunjuk kat aku rasa gler kentang macam tak caya itulah baby yang duduk dalam perut aku selama 36 minggu. Yep... baby aku kuar awal sebulan. Sepatutnya due 12 April. Sonok sangat masa tu sebab segalanya selamat. Ingat lagi rambut Ilham yang sangat hitam. Mak aku cakap jernih sangat mata Ilham masa tengok dia for the first time after kuar dari bilik operation.

Kisah panik dan gabra tak habis lagi! Masa di ward nurse noted Ilham macam susah bernafas. So terus admit NICU. Tengok-tengok Ilham was diagnosed to have congenital pneumonia. Ilham kena duduk dalam incubator and supported with oxygen. Ilham tak boleh bernafas sendiri. Ilham jugak dipengsankan (wahhh..!) untuk elakkan dia menangis. Sebab kalo nangis condition dier akan lagi teruk. Menangis tak kira la aku bler tengok Ilham for the first time. Sana-sini wayar bersambung-sambung. Kecik jek dier macam bantal cuma 2.55kg. Banyak-banyak baby kat situ Ilham la paling teruk.

Disebabkan ketiadaan pakar pada masa tu, akhirnya pada 16 Mac 2009 Ilham telah ditransfer ke Hospital Alor Star. So inilah pengalaman pertama hubby aku naik ambulans. Sangat teruk katanya. Dan aku masih di Hospital Kulim. Sib baik la mak ada. Sayang mak ngan abah sebab bersusah payah selama aku kat hospital dan berpantang. After kuar dari wad aku esoknya aku terus ke Alor Star. Di NICU Hospital Alor Star lagi la banyak kes dasat-dasat yang aku tengok yang jauh lagi kritikal dari Ilham. Ilham ni kategori kes biasa-biasa jek. Sangatlah bersyukur Ilham tak sekritikal baby lain.

Ilham warded for 12 days. Disebabkan bakteria yang menjangkiti Ilham adalah Group B Streptococcus (GBS) yang bleh menyebabkan meningitis so doctor suggest ambil air tulang belakang untuk tengok sama ada bakteria ni dah masuk ke situ. Satu lagi decision besar yang amat menakutkan aku ngan hubby. Setelah telefon sana sini mendapatkan pendapat 2-3 orang doktor (or lebih?) finally kitorang decide bagi consent untuk doktor amek air tulang belakang Ilham. Hubby aku tak habis-habis cakap ngan Ilham decision diambil demi masa depan Ilham. Walaupon hakikatnya Ilham tak faham pape.Aku ni nangis tak henti-henti la. Risiko procedure ni sangat-sangat low. Tapi risau jugak wehhh.. Parents aku angan PIL tak tatau menahu langsung pasal ni. Kawan-kawan terdekat jek tau. Yer la.. Kepantangan orang tua2 amek air tulang belakang ni. Takut lumpuh. Bukan orang tua jek. Orang muda pon sama. Tapi bila nak buat decision tu we all amek pandangan profesional doktor. Sebab bukan profesional kebanyakan totally object! Alhamdulillah. Procedure berjalan lancar. Dan yang penting no bacterial growth dalam air tulang belakang Ilham. Kalo tak kena duduk wad 1-2 minggu lagi.

Ilham discharged on day 12 of his life. Bermula lah kegabraan aku untuk menjaga seorang baby. Paling gabra nak bagi mandi Ilham. Kecik sangat. 1st time nak direct breastfeed dia pon mencabar jugak sebab sakit tempat bedah memang terasa sangat-sangat. Lepas tu datang plak masalah kuning. Setiap dua hari asyik ulang-alik klinik kesihatan cehck total serum bilirubin (TSB). Menduga hidup betol sebab reading TSB fluctuate. Macam-macam petua orang la aku ngan mak cuba nak kurang kan kuning. Kerapkan breastfeed, bagi Ilham minum air perahan anggur hijau/merah, air sengkuang cina, mandikan Ilham dengan daun mender tah and we all siap beli UV light lagik. Kuning Ilham berpanjangan sampai sebulan.

Salah satu sebab prolong jaundice ni adalah disebabkan jangkitan salur kencing. To confirm this thing kena la ambil air kencing kan. Nak menunggu Ilham kencing la satu masalah lagi. Bukan sekali dua jek kena wat urine test ni. Sepanjang setahun ni ada la lebih 10 kali kot. Awal-awal kira gak la berapa kali dah buat. Last-last tak kuasa dah mengira sebab kerap sangat wat urine test. Di samping urine test doktor buat ultrasound jugak. Nak menambah lagi masalah Ilham was dignosed to have left mild hydronephrosis (bengkak buah pinggang). Sudahh... Dan as always, hubby and I seek 2nd opinion. Kitorang bawak Ilham jumpa Private Peads Specialist di Alor Star. Oh yaa.. Ilham juga ada masalah umbilical hernia (pusat timbul). So di samping history of congenital pneumonia, prolong jaundice dan mild hydronephrosis kitorang tanya jugak pendapat Specialist tersebut tentang umbilical hernia ni. Penjelasan dari Specialist ni sangat-sangat aku puas hati. Rm35 jek consultation fee. Tido lena sket kitorang lepas jupe Specialist tu.

11 Feb 2010 (selepas beberapa bulan) ultrasound was repeated and guess what. No more hydronephrosis. Bengkak tu hilang sendri. No medication intervention at all. Memang doktor cakap benda cani bleh jadi. Dan possibility lain yang bleh jadi bengkak akan semakin teruk. Alhamdulillah ending yang baik untuk masalah hydroneprosis ni. Dan masalah umbilical hernia pon totally resolve sejak berbulan-bulan lalu. Kalo ikut Specialist tu masalah umbilical hernia Ilham tak kan hilang sepenuhnya sebab terlalu besar. Tapi berkat babysitter aku yang kerap sapu minyak dan urut pusat Ilham hari-hari, memang elok balik pusat dier.

Tanggal 25 Feb 2010, tutuplah buku Ilham dengan pihak hospital. Tak perlu lagi follow up kat hospital dah lepas ni. Alhamdulillah. Segalanya baik-baik ajer sekarang. Lagi lena tido kitorang. =)

Apabila mengenang kembali perjalanan setahun membesarkan Ilham, tak sangka betol melihat dia sesihat ini. Bak kata hubby, bukan senang nak dapat yang sorang ni, sayang sangat! Masa jadi macam-macam hal tu asyik meratap tangis jek dalam hati bertanya kenapa benda cani jadi kat aku. Namun bila ingat balik semua tu sesungguhnya terlalu banyak hikmah yang tak tergambarkan. Tak tertulis satu persatu kat sini. Aisehh.. Rasa syahdu plak tiba-tiba.

Sesungguhnya berbaik sangka lah dengan setiap dugaanNYA. DIA sentiasa di sisi kita. Mintalah dan pohonlah tiada dari yang lain selainNYA. InsyaAllah. Jika dia tidak makbulkan doa kita sekarang, tidak bermakna DIA takkan makbulkan sampai bila-bila. Bersabar dan terus berdoa. DIA sentiasa mendengar. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.