FAQ Balm Tasneem Naturel

Soalan 1

Q: Siapa yang boleh guna balm TN?
A: Balm TN sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.


Soalan 2

Q: Newborn boleh guna ke?
A: Boleh. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback positif ibu dalam pantang kami terima.


Soalan 3

Q: Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang?
A: Kami tidak menyarankan kepada bayi pramatang menggunakan balm TN. Bayi yang lahir dibawah 37 minggu kerana organ si kecil masih belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan bayi.

Soalan 4

Q: Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
A: Kami sarankan puan ikhtiar dengan balm T-Rub. Balm T-Rub membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat dinyahkan. Kami telah dapat feedback positif kuning cepat turun dengan T-Rub. Namun begitu kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.

Soalan 5

Q: Balm ini panas tak?
A: Balm tidak panas.

Soalan 6

Q: Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
A: Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.

Soalan 7

Q: Balm ada expired date?
A: 1 tahun lepas buka, 2 tahun jika belum dibuka.

Soalan 8

Q: Sijil KKM ada tak?
A: Keempat-empat balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
Sleep: NOT 170403429 K
Calm: NOT 170401988 K
CF-Rub: NOT 170402785 K
T-Rub: NOT 170402673 K

Soalan 9

Q: Ibu mengandung boleh guna?
A: Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandungkan.

Soalan 10

Q: Sleep tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki. Kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi?
A: Tapak Kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.

Soalan 11

Q: Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
A: Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.

Soalan 12

Q: Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
A: Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.

Soalan 13

Q: Sejauh mana berapa lama ketahanan calm dan sleep berfungsi pada bayi?
A: Balm ini bukan ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf dan stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.

Soalan 14

Q: Kenapa lepas saya guna CF-Rub anak jadi kerap muntah? Selesema pun asyik meleleh je.
A: Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-Rub balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.

Soalan 15

Q: Kenapa sleep balm tak boleh sapu banyak?
A: Dalam sleep balm, ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasa anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis shj untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih.

Soalan 16

Q: Balm ini boleh guna serentak ke?
A: Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu sahaja.


Soalan 17

Q: Anak G6PD boleh guna?
A: Boleh. Tidak mendatangkan bahaya.


Soalan 18

Q: Anak ekzema boleh guna?
A: Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dgn nya. Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.


Soalan 19

Q: Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-Rub. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-Rub tiada naik ruam pula. Kenapa ya?
A: Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dlm CF-Rub. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya. Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.

Soalan 20

Q: Anak saya ada alergi. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
A: Cuba test sapu dipelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.

No comments:

Post a Comment