Wednesday, August 25, 2010

Jangan fikir nak sedap aje...

Hampir tiap-tiap hari kita dengar kes buang bayi. Sehari tu kadang-kadang lebih dari satu kes. Moral masyarakat kita semakin tenat. Sib baik aku ni jenis 2-3 hari sekali baru selak surat khabar. Tak la rasa sesak nafas dan rimas sangat dengan penyakit ni. Tak dapat tidak aku sebagai mak ni terkena jugak tempias risau tu. Membesarkan anak dalam suasana dunia yang semakin dasyat memerlukan kita perlu memberi perhatian yang berganda kepada anak-anak. Kecik-kecik ni senangla kan. Tutup pintu rumah dia tak keluar. Kalau dah besar tak boleh buat macam tu dah. Lagi plak bila anak dah bersekolah bercampur gaul dengan macam-macam jenis umat manusia. Apa yang aku nampak sejak bergelar mak budak ni hidup asyik risau jek biler fikir pasal anak. Dan aku rasa perasaan itu akan berterusan walaupun anak dah besar panjang, dah keje or dah kawen. risau tu hanya akan lenyap bila mana mata ni tertutup terus=mati.

Aku ni asyik terfikir-fikir kalau ada anak pompuan nanti macam mana. Lagi besar, berat dan dalam kerisauan tu. Menjaga dan mendidik anak perempuan bila dia dah besar remaja mesti sangat mencabar. Takutnya tuhan saja yang tau. Dalam dok risau-risau tu aku pernah terbaca satu entry kat blog mommylyna MSK. Ada sorang tu komen anak laki pon kita kena risau jugak. Kena didik betul-betul supaya tak sesuka hati tebuk anak dara orang. Yup... make sense!!! Besarnya dan beratnya amanah Allah kan. Ya Allah..semoga Engkau melindungi keluarga kami semua dari maksiat dan kemungkaran. Aminnnn..

Lain plak ceritanya di tempat aku..

Tiap-tiap hari masa balik keja nafas aku mesti sesak. Taman perumahan tempat aku menyewa rumah penuh dengan teenagers tak kira laki pompuan berpeleseran sana sini naik motor. Kita yang drive ni plak kena extra careful. Diorang yang naik motor bleh plak bergurau, senda bertempuk tampar, bergelak-gelak dan bersembang-sembang tak hirau orang lain kat jalan tu. Yang paling menyedihkan semua teenagers tu MELAYU!!! Tak dak langsung cina, india or bangsa lain. Haiihhhh... apa nak jadi nih. Kalau alasan nak hilangkan tension dan boring takkan tiap-tiap hari pusing taman tu cuci mata. Kalau nak hilangkan tension dan boring takkan nak berpeleseran macam tu pon berlipstick bagai. Please... Kenapa korang jek macam tu orang lain tak macam tu. Aku memang tak boleh bayangkan anak aku membesar dalam persekitaran yang sangat tidak sihat macam tu. Baik ngadap playstation jek dari merambu macam tu.. Tak dek playstation baca la majalah, novel, surat khabar, surfing internet. Jangan baca majalah or tengok video porno plak. =p Gelap hati tau. Sebab tu la belajar pape pon ilmu payah nak lekat kat dada. Dah macam membebel plak. Serius..aku malu tengok bangsa aku macam tu. Buatlah sesuatu yang membanggakan. Yup..Tak semua macam tu. Tapi kenapa mesti ada yang macam tu??? Aduhai.. tak dapat membayangkan kalau yang merambu tu anak aku. Sakitnyaaa...

Aku nak share sumthing ngan korang. Aku baca ni dari blog suzie. Ori nya dari SINI





Wahai anak-anak dan kawan-kawan sekalian.
Terlajak perahu boleh diundur.
Sesungguhnya perbuatan zina itu satu DOSA BESAR.
Bertaubat lah kepadaNYA sementara pintu itu masih terbuka.


The best thing is JANGAN LANGSUNG MENGHAMPIRI ZINA-
jangan berdua-duaan, pegang-pegang, sentuh-sentuh, kiss-kiss
dan semua yang sewaktu dengannya.
So halalkan semua ni dengan KAWEN!!!!!

Sunday, August 15, 2010

Ilham... tentang sesuatu..


Bulan ni umur Ilham masuk setahun 5 bulan. Dah berbulan lamanya aku tak tulis pasal Ilham padahal blog ni diilhamkan kerana Ilham. Tapi most entry yang terilham di sini banyak pasal mama Ilham. Tu la. Mama Ilham plak yang lebih. =p (selingan.. cuba kira ada berapa words ilham dalam para ni.. =p)

Progress Ilham since month ago agak cepat especially tentang kebolehan dia belajar tentang sesuatu. Rasa tak sempat nak feel dengan satu kebolehan datang lain plak benda yang dia belajar. Aku ni bukanlah mama yang rajin dan konsisten macam orang lain. Yer..alasan tu banyak jek kalau penyakit M tu melekat kan. Alasan paling glamer SEBOK. Suka hati ikut mood aku jek bila nak ajar ilham. Kalau kena keje malam harus ponteng ajar ilham. So kalau tengok anak orang lain dah boleh itu ini tak bleh ngade nak jeles lebih-lebih kay. Ilham cepat belajar cuma mama dier jek yang lambat ajar. Hahaaa...

So..apa ilham dah boleh buat since few weeks or months ago may be??
(or lebih tepat apakah kebolehan ilham yang mencerminkan kewajipan yang telah dijalankan oleh aku dan hubby sebagai mak bapak since few months ago)

1) Ilham dah kenal sejadah dan tahu sejadah adalah untuk solat. Bler bentang jek sejadah dia la yang sebok-sebok tertonggeng-tonggeng ruku'. Awal-awal dia cuma tau ruku'. Sekarang dah tau letak tangan kat perut. Ilham pon dah tau tadah tangan berdoa tapi cepat jek aminkan. Nak habiskan baca bismillah pon tak sempat. Hahaaa.. Pesan mama kalo besar nanti malas solat mama babab ilham dengan rotan. Owhh... aku tak ajar pon ni. May be dia belajar dari pemerhatian.

2) Ilham dah tau mana teeth, ear, hair dan nose. Tapi lately bila tanya jek dah malas nak tunjuk mana satu teeth/ear/nose/hair. Buat derk jek bila aku tanya. Haiihhh... Nak marah pon ader jugak. Ingat lagi masa pertama kali ajar ilham kenal gigi masa gigi dia baru keluar. Ilham..show your teeth. Dia amek tangan aku letak kat gigi aku. Wakakaka...yer..salah ajaran. Hari-hari cakap dan tunjuk macam tu, macam tu la yang dia buat. Dah kena betulkan balik ajaran. Bila ajaran dah betul baru aku perasan arahan aku tak tepat. Mana tak nya. Satu hari tu saja nak test aku cakap 'ilham..show..' terus ilham tunjuk gigi dier. Sah..dia dengar show jek terus tunjuk gigi. Yer...kecik-kecik camtu kena ajar simple word jek. Aku ni bantai buat ayat panjang-panjang.

3) Aku tak ingat sejak bila ilham pandai salam orang. Ni pengasuh aku yang ajar. Tapi yang paling best kalau dia salam sambil berdiri mesti sampai terbongkok badan. Kunun macam hormat gitu. Part ni pengasuh aku pon terkejut.

4) Lately asyik panggil mama jek. Papa pon jadik mama. Dan satu hari aku telah di psiko oleh ilham.
Ilham: Maaaa....
Aku: Mama la.
Ilham: Maaa....
Aku: Mama. (Ala-ala tone semakin tinggi)
Ilham: Maaaa...
Aku: Yaaa..
Ilham: Mamaaa
Ohhh...Sabar je laa..

5) Few words yang dia reti sebut (yang aku ingat)
- bak=minta
-atu=satu
-acut=kasut
Sikit la plak kan... Mama dan papa kena kerja keras nih.
Lagi satu sampai sekarang kalau nak susu tak tentu jek cara dier. Jarang-jarang sekali cakap nak nenen. Selalu tu tau guling-guling jek tak pon melepet atas lantai. Kalau tarik baju aku faham. Tak nak susu botol nak direct breastfeeding!

Few words yang ilham faham dan kenal yang aku ingat (owhh....very few)
-apple
-ball
-angkat tangan
-angkat kaki
-peluk mama
-salam/amin mama
-sayang mama
-nak babab kat mana?? (sambil tunjuk babab diri sendri kat perut)

5) Dah pandai respond to any kids programme kat tv especially Barney & Friends, Hi-5 Yo Gabba-gabba etc. Owhh..kena expose nasyid banyak-banyak plak pasni. Thanx to mommylyna yang citer pasal upsy daisy.

Hari ni yang aku perasan dia dah pandai mengajuk apa yang aku cakap. Bila aku berleter-->ilham ni tak dan-dan la (tak sabar/nak cepat jek) dia boleh plak mengajuk dan-dan.. Haihhhh..nak marah pun tak jadi tau. Geram sangat. Tapi jangan marah try benda lain plak.
Aku: Banana
Ilham: nana
Aku: Duck..duck..duck
Ilham: duck

Hurmm... kesimpulannya mama dengan papa kena rajin berganda-ganda spend time dengan ilham ajar itu ini. Bukan harapkan vcd or tv jek. Hahaaaaa...

Malam itu di Batu Ferringhi..

Backdated entry.. Jalan-jalan sebelum Ramadhan.

Ni la first time pi Batu Ferringhi tahun ni. Kemeriahan dah tak macam dulu. Mungkin sebab gerai VCD/DVD cetak rompak dah tak der macam dulu. Hubby cakap beberapa bulan lepas tempat ni kena raid dengan enforcement. Keciwa jugak sebab awal-awal tu harap sangat gerai VCD/DVD yang berlambak giler macam dulu tu sebab raiding tu dah banyak bulan kan. yer la. Hajat hati nak beli complete set VCD Brainy Baby untuk Ilham sebab pernah terbaca dalam blog sape tah yang cakap VCD tu ada dijual kat sini.

Masa aku tengah belek cermin kat satu gerai tu tiba-tiba one chinese man tanya hubby aku nak beli VCD tak. Terus hubby tanya kat mana. Then chinese man tu tunjuk la tempat tersorok kat belakang gerai yang banyak-banyak kat situ. Rupa-rupanya diorang still jual. Tapi sembuny-sembunyi lah. Ramai gak tourist dok belek-belek VCD kat situ. Lagi ramai dari local people. Hahahahaa... Rasa kelakar plak. Cari punya cari tapi VCD Brainy Baby tak de. Dan yang tak bestnya tak de satu pon VCD yang seswai untuk Ilham. Tokey kedai tu pon cakap diorang tak de jual VCD camtu. End up kitorang beli VCD Despicable ME, Toy Story 3 dan Movie Doraemon. Yerr.. Semua citer katun. Bukan untuk Ilham tapi untuk mama ngan papa Ilham. Hahahaha.. Lain-lain benda tak beli pon. Tak de yang berkenan walopon banyak benda menarik.

Selain dari cuci mata tujuan kitorang pegi malam tu adalah untuk test gadget baru hubby. Hubby beli lense baru untuk DSLR dier. Tapi gambar dalam entry ni aku letak gambar dari tepon aku jek. So sah-sah la kualiti dier gitu-gitu aje la.

Warna warni malam di Batu Ferringhi


Bleh shopping..




Banyak tempat makan menarik.. Tapi pastikan dulu status halal dier yek









Sunday, August 8, 2010

Free Watermark Dari Eliss yang baik hati...

Yer.. Dah terlalu lama aku biarkan blog ni bersawang. Aku nak salahkan outstation kat KL 3 hari pastu plak kat Penang 2 hari. Letih giler.. Balik outstation kena siapkan proposal yang sampai sekarang tak siap-siap pon lagik. =p

Dalam entry ni aku ada mention eliss nak bagi watermark for free. Yer..percayalah FREE! Eliss email watermark tu 26 Julai lepas. Sorry yer eliss. Sejak balik dari outstation saya sangat sebok. Email dalam Inbox saya buka yang relate dengan keje jek. Yang lain-lain termasuk email eliss baru jek saya buka 2-3 hari lepas. Sori yer eliss. Cepat giler eliss siapkan watermark ni. Aku post entry aku 24 Julai. 26 Julai dah dapat. Ingatkan benda free dapat lambat. Tengok-tengok perghhh.... 2 hari jek. Anyway eliss tenkiu banyak-banyak.
Dan..inilah benda free itew...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ni gambar aku amek masa jalan-jalan kat Batu Ferringghi Penang. Pasal ni aku akan tulis nanti. Sangat best ok. Tempat wajib korang pegi kalo datang Penang.

Nama blog aku panjang sangat so nampak penuh jek kan. Tapi design dier aku suka. So..tunggu apa lagi. Bukan senang nak dapat benda free. Eliss still offer watermark free ni. Cepat minta kat dier!!! Klik sini..