Tuesday, October 1, 2013

Perkongsian Yang Bermakna..

Alhamdulillah. Dalam dok ketaq menunggu 28 September 2013 akhirnya berakhir juga. Aku dijemput oleh Lyna Noh mysuperkids.net untuk jadi presenter program Jom Hebat SP. Macam biasa la. Dalam apa-apa presentation pon, masa praktis cakap macam lain. Tapi yang keluar hari tu lain pulak. Hahaaa.. Padahal notes dah ada kat tangan. Tapi macam biasa la. Words dalam notes nampak berterabur sudah hari tu.

Monday, September 30, 2013

Pengalaman Bisnes Online

Aku tau ramai kat luar sana nak berbisnes tapi tatau nak buat bisnes apa. Ada juga dah decide nak buat bisnes online tapi tatau nak jual apa. Dah tau nak jual apa untuk bisnes online tapi tatau nak cari supplier kat mana. Dah dapat supplier tapi tak jumpa supplier yang boleh bagi murah.

Monday, September 16, 2013

DIA mendengar...

Cerita ni terjadi lebih kurang 2-3 bulan lepas. Lama dah. Tapi memang niat nak kongsi benda ni kat blog sebab may be boleh memberi manfaat kepada sesetengah orang.

Masalah ni berlaku kat ofis. Di mana ada satu produk yang lagi 2 bulan nak expired tapi stok menimbun. Lebih kurang 45 kotak kalau tak silap. Produk ni pon bukan murah. So bila dah lagi 2 bulan aku pon alert la bos nak buat macam mana. Awal tahun dah alert bos. Dia cakap nanti dia tanya mana-mana fasiliti yang memerlukan. Bila aku alert sekali lagi, bos cakap aku kena call mana-mana fasiliti yang boeh ambil produk tu. Aku kena clearkan hari tu jugak kata bos melalui sms dier.

Sunday, September 15, 2013

DIY: Klip Kertas


Klip kertas pon boleh jadi pelbagai kegunaan sekiranya kita kreatif. Klik 'read more' untuk tengok kegunaan lain lagi untuk klip kertas.

Memang begitukah?

Syukur Alhamdulillah...

Mak dan abah masih sihat dan kuat sehingga ke hari ini. Masih sihat untuk melakukan segala urusan sendiri. Masih sihat untuk masak untuk kami adik beradik dan tetamu setiap kali Raya. Masih sihat untuk melayan cucu-cucu. Masih sihat untuk ke masjid dan majlis-majlis ilmu. Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan kesihatan yang baik untuk mak dan abah.

Friday, September 13, 2013

Alhamdulillah... Aku Yang Baru

Entah kenapa tiba-tiba rasa nak hidupkan balik personal blog ni setelah lebih setahun terbiar tak update. Berhabuk, bersawang tak terkira dah ni. Tiba-tiba jugak rasa nak guna personal domain untuk blog ni. Semua rasa ni datang tiba-tiba.