Friday, March 11, 2011

Buat contest di blog - hanya nak naikkan trafik???

Bagi blogger yang buat duit melalui blogging, visitors ramai adalah antara perkara yang cukup penting. Or maybe PALING PENTING? Macam-macam cara yang boleh dibuat untuk naikkan trafik. Cara baik ada cara kurang baik pon ada. Tak payah aku nak cerita. Google sendri. Macam-macam tips ada. Terpulang kepada kita nak guna cara mana. Menganjurkan contest di blog adalah salah satu cara yang aku nampak agak berkesan (ataupun patut cakap cara yang sangat berkesan) untuk drive trafik ke blog. Kena plak ko bagi hadiah kaw-kaw kat peserta lagi la sonok orang nak join.

Sunday, March 6, 2011

Ipad for office work? Boleh replace PC/lappy ke??

Mommy Lyna Mysuperkids selalu sangat bercerita tentang Ipad. Well..I have to say that she's a good promoter! Nape tak nyer. Selepas aku baca entry ni (KLIK SINI) aku terus google betul ke Ipad sangat best. Giler pandai racun orang. Tak payah kering air liur. Thru writing jek okeh. Besides that aku nak share REVIEW NI. Sedikit membantu untuk orang yang tak bleh decide nak beli Iphone, Ipod Touch or Ipad. Review ni sangat bleh pakai sebab writer tulis base on her experienxe.

Dulu masa orang dok sebok bercerita pasal Ipad aku langsung tak amek port. Tapi lepas tengok Ipad 2 kat website Apple it makes me crazy!!! Did I mention that I knew bout Ipad 2 from Mysuperkid? Jangan blame aku atau rasa nyampah kalau korang rasa aku promote MSK too much. First, aku subscribe dengan MSK. So any new post dari MSK terus masuk email aku. Newspaper pon tak efficient macam MSK dalam mengupdate aku. (Aku jarang baca paper. Dats why =p). Sebab kedua korang kena tau semua ni aku buat sebab nak menang Ipad dari MSK. Read more bout this HERE, HERE and HERE.

Kelebihan ipad compare to notebook

1) Ringan. Ringan, Ringan!! Ok. Aku dah ulang 3 kali tu. Berat Ipad lebih kurang 600g. Kalau notebook aku sekarang lebih kurang 1.3kg. So bout 50% lighter! Ringan=portable!! Bleh masuk handbag ajer. Notebook bleh masuk handbag aku tapi berat beb. Bleh rosak handbag.

2) Laju. Satu lagi feature yang buat aku berkenan sangat. So far most people yang pakai Ipad mesti highlight kelebihan ni. Penting feature ni untuk multitasking. Sepanjang pengalaman aku menggunakan Iphone hubby, walaupon Iphone tu telah diinstall macam-macam tapi ianya tidak pernah mencacatkan perfomance Iphone tu. Kalau buka banyak applications pon still laju. Kalau notebook?? Nak booting pon makan masa. Lagi plak kalau buka banyak software dalam satu masa. Ipad 2 dikatakan lagi laju compare to Ipad. Sangat best untuk multitasking.

3) Aku sedikit musykil kalau guna Ipad untuk keje manaip. Bleh ke keyboard Ipad replace conventional keyboard? Jawapannya...
 Source: Silicon.com

Untuk keje yang menggunakan microsoft word yang complex mungkin Ipad kurang sesuai. Tapi kat office kan dah ader PC. Nape nak pakai Ipad kan. Tengok gambar tu. Teknologi cover Ipad tu adalah satu lagi benda yang buat aku kagum. Bila kita tutup jek Smart Cover tu Ipad akan off automatically. Bila kita buka jek Smart Cover tu Ipad akan on automatically tanpa perlu kita tekan apa-apa button!!! Mudah kan.. Dan lagi. Smart Cover tu bukan sekadar cover. Aku tak payah explain korang tengok sendri gambar kat bawah ni. Damn cool!!
Source: Apple

 Source: Apple
Source: Apple

4) Senang nak on/off. Untuk aktiviti browsing, googling, reading journals/newspaper, blogwalking,  semasa menunggu customer, atau tunggu turn kat mana-mana, adalah sangat annoying untuk on lappy yang sangat la take time. Pastu nak connect broadband pulak kalau tempat tu tade wifi. Sebab tu la ramai orang pakai smartphone tak kira la Iphone or Android phone. Senang nak baca, check email on the go. TAPI, Saiz phone yang kecik merupakan masalah besar untuk aku. Aku tak rabun. Tapi kalau lama-lama baca especially baca journals yang tadek langsung gambar, penat giler mata. Macam dah baca 2-3jam walaupon baru baca 30minit. Kena plak nak tengok any tables or graphs lagi la annoying sebab asyik kena scroll. Bikin terbantut mood nak baca sampai habis. End up berFB. =p So, Ipad adalah the best solution untuk orang macam aku. Saiz dier macam notebook tapi lebih ringan. Yang penting senang nak on/off dan laju!!

So, ada berani nak angkat satu??? Mommy Lyna nak bagi free. Tak nak ke rebut peluang tu.

Aku nak Ipad free dari Mysuperkids!!!

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Tuesday, March 1, 2011

MOMBLOGGERSPLANET (MBP) VS MYSUPERKIDS (MSK)

Dah lama nak tulis entry dengan tajuk ni. Dapat ilham sejak terbaca satu entry Little Mama aka Kak Ros berkaitan Trial Pack Shaklee. Bila Mysuperkids buat contest IPad ni aku rasa masa yang sangat seswai nak publish entry nih. Sorry.. No backlinks untuk entry tu. Isu lama. November tahun lepas. So tak nak memarakkan kepanasan entry yang hot itu. Nak tau jugak tanya Mr. Google. *Smile*

1) Aku kenal Mombloggersplanet (MBP) dari blog Rozy. Ternampak badge MBP di blog rozy. Aku tau blog Rozy dari blog susuibu.com. Ok. Stop sampai situ. Dah macam nak cerita pasal sejarah plak kan. Aku kenal Mysuperkids thru MBP. Mommy Lyna (MSK founder) kerap bagi komen dan ada juga tulis artikel di MBP.

2) Kedua-dua blog ni diasaskan oleh full-time-working-mommy. MBP-Kak Ros aka Little Mama manakala MSK-MommyLyna. K.Ros akauntan ML plak engineer. 

3) Both blog ada aura dan kelebihan tersendiri tersendiri. Benda ni aku akan cerita panjang lebar kat bawah.

4) Kedua-dua mereka sangat aktif menjana duit secara online. Termasuklah melalui blogging, online shop dan affiliate.

ADA APA DENGAN MBP

Sejak Little Mama publish entry pasal buat duit dengan Google Adsense (KLIK SINI), aku percaya ramai yang berangan nak buat duit dengan Adsense melalui blogging. (Termasuk aku la tu) Yer la. Blogger baru selalu nampak Nuffnang jek. Melalui MBP, Little Mama dah buktikan buat duit melalui Adsense bukan lah sesuatu yang mustahil untuk Malaysian blogger. Yer...kalau sebut pasal buat duit malalui blogging ada banyak lagi blog yang gah kat luar sana. Apa yang buat aku bleh stick kat MBP, ia adalah tempat yang sesuai untuk beginner blogger especially mommies. Yer la. Yang tulis artikel tu mak. Keje full time plak tu. Seorang mak mestilah faham kehendak mak-mak kat dunia ni. So alasan saya-sebok-dengan-keje-opis-dan-family-so-tak boleh-buat itu-ini tak releven okeh. Korang pi jalan-jalan kat MBP tengok blog mommies yang lepak kat situ then korang paham la apa yang aku nak bagi tau ni. Korang baru lagi dalam blogging? Tak paham apa yang aku citer? Meh nak story.

MBP adalah tempat lepak blogger mak-mak ni. Sekarang bapak-bapak pon dah ramai yang lepak kat MBP. Dari situ aku kenal mak-mak dengan pelbagai background. Masa tu baru aku sedar betapa aku banyak merungut pasal kehidupan aku. Kononnya-penatnya jadi full-time-working-mom!!!! Tak de masa nak buat itu ini lah. Dan macam-macam alasan yang mengada-ngada yang lain. Bila aku jenguk blog mak-mak yang lepak kat MBP baru lah aku sedar ramai giler supermom kat luar sana. Yang keje hebat-hebat tapi still bleh buat macam-macam. Macam-macam tu termasuklah buat bisnes online, bisnes menjahit, sambung belajar tinggi-tinggi walaupon anak kecik lagik, bisnes photography, homeschooling, fully breastfeeding. Okeh dah tak larat nak list out. Kagum aku tengok diorang guna masa 24jam diorang tu. Memang salute lah! So aku dah kurang merungut dan mula discuss dengan hubby tentang plan kitorang untuk future. Iyer... aku meracun hubby dengan semua yang aku dapat dari blog. Racun yang baik. Kalau dulu kitorang mungkin selesa dengan apa yang ada dan tak langsung berfikir untuk menjadikan life kitorang lebih dari tu. Kalau tak de MBP tak la aku kenal ramai mommies yang hebat kat luar nun.

APA YANG AKU NAK DARI MBP   

1) Sejak MBP mempunyai penulis-penulis undangan, blog tu aku rasa semakin kurang ummpphh. Walaupun artikel-artikel yang diorang tulis sangat bagus dan very the very informative, tapi artikel oleh Little Mama bagi aku tetap ada kelebihan yang tersendiri. So, kena jenguk Little Mama kat littlemamadiary. Tapi littlemamadiary lebih kepada personal life Kak Ros. So, aku harap Kak Ros banyakkan jugak sentuhan dia di MBP walaupon dah ramai penulis-penulis lain. 

2) Buat contest bulanan macam dulu. Ni salah satu tarikan MBP yang aku kira blog lain tak buat. Contest bulanan dengan macam-macam tema. Meriah betol MBP masa tu. Hadiah pon lumayan babe. Walopun aku tak pernah menang tapi seronok jek tengok meriah-meriah macam tu. Walopon berlambak-lambak contest orang dok buat kat blog tapi tetap tak sama macam yang MBP buat.

3) Banyakkan artikel berkaitan tips-tips blogging. Blogger mommies yang baru semakin ramai. Masa aku awal-awal start blogging aku godek-godek MBP nak cari info. Banyak artikel best dan tips memang sangat membantu sebab Little Mama pandai buat penerangan dalam artikel dia step by step. Tapi ada artikel yang patut ada sambungan tapi tak de plak. Frust btol. Bikin terbantut excitement tu. Hihiiii..


ADA APA DENGAN MSK

Aku tak pernah berminat dengan pelaburan. bagi aku pelaburan adalah sesuatu yang sangat complicated. Aku hanya kenal ASB, Tabung Haji dan ASW. Unit trust, pelaburan emas, pelaburan hartanah, saham adalah benda yang mesra telinga tapi kenal nama je la. Tak berminat nak kenal lebih-lebih. Apabila pertama kali baca artikel Mommy Lyna berkaitan pelaburan (malangnya aku tak ingat 1st entry yang aku baca kat MSK berkaitan pelaburan) aku mula jatuh hati dengan pelaburan. Bila masuk MPH or Popular aku dah mula jenguk rak buku yang berkaitan dengan pelaburan. Dulu pandang pon tidak ko. Mula-mula mesti jenguk. Pastu boronglah. Masa jenguk tu tatau nak pilih buku yang mana satu. Tatau yang mana satu paling bagus. Bila keep on reading artikel Mommy Lyna berkaitan pelaburan, aku mula take note few things. So on January 2011 for the first time aku borong buku berkaitan pelaburan. Dan semestinya antaranya ada buku Azizi Ali dan 1 buku pasal Warren Buffet. Borong 6 buku sekaligus. Nahhhh.. amek kau!

Dan yang bestnya. Apa yang aku baca kat MSK pasal pelaburan aku share dengan hubby. Hubby pon bukan tau pasal investment nih. Bila slalu dok cerita lama-lama dia pon melekat dan berminat pasal investment. Masa kat Popular tu dia pon sakan pilih sama buku pasal investment yang dia berkenan. Kalau dulu dok nampak ASB jek nak simpan duit sekarang dah nampak peluang-peluang lain yang banyak kat luar sana. Selain dari tu, aku kagum sangat dengan ML sebab gigih btol. Dah la ada 2 orang anak, laki dua-dua, laki kan hyperactive sket. Aku ada sorang pon lelah beb. Dengan dok sarat mengandung sorang lagi bleh buat macam-macam lagi. Dah la keja engineer gaji dah lebat, ada plak lagi bisnes di Wisma Bling Lustre. Tak cukup dengan tu bisnes Shaklee lagi. Kudrat dia memang dasyat. So aku malu nak merungut lebih-lebih kalau tingat dia.  Aku dan hubby pon mula berangan nak buka bisnes sendri untuk tambah side income. Asalnya kami berdua dah puas hati dengan apa yang ada. (Selalunya tak puas hati tapi merungut je tak buat pape action) Sekarang kami berdua nak memaksimumkan masa 24jam kami dengan sebaik-baiknya. Cewahhh.. Aku berani berangan dan plan jek. Bila nak amek next step takut betul bila pikir macam-macam risk. Akhirnya hubby aku yang amek step start FrenskedahPhotogpraphy secara official pada Oktober 2010. Kalau harap bini dia ni dok macam tu la takut itu ini. Pikir banyak sangat. Laki aku tak reti nak set up blog so aku lah orang di belakang tabir website FrenskedahPhotography merangkap second photographer. Aktiviti yang asalnya hanyalah hobby bertukar menjadi bisnes. Thanx to Kak Ros dan Mommy Lyna. yang menjana inspirasi untuk aku berbisnes.

APA YANG AKU NAK DARI MSK

1) Aku harap Mommy Lyna banyakkan lagi artikel pasal investment. I'm really in love with investment now. Walaupon blom try lagi tips-tips yang ada tapi makin seronok baca anything bout investment.

2) Kembangkan Bling Lustre ke utara. Ajak Watie GBOB jugak. So tak de lah aku jeles jek tangok orang lain dapat join aktiviti yang korang buat kat sana. KL dekat jek. Tapi minyak dengan tol mahal sekarang. Murah lagi fees yang korang charge. Duit minyak dengan tol bleh guna untuk join aktiviti korang 3-4 kali. Di utara tak de lagi orang orang buat aktiviti macam tu. Kalau ada pon aku jamin tak de yang family friendly yang bleh usung anak bagai. Yang ada semua berkaitan breastfeeding dan babywearing. Aktiviti yang guide mak-mak menjana income dan audience dier mak-mak jer aku tak jupe lagi. Kalau ada sila bagitau.

3) Teruskan gaya pnulisan sedia ada. Simple, funny, relax walaupon topik berat.

SO, APA YANG AKU NAK DARI SEMUA BLOGGER (TERMASUK DIRI SENDIRI)

1) Tulislah sesuatu yang bermanfaat. Btol..blog kita caca merba. Dalam tu la pasal family dalam tu la kita lepas geram, dalam tu la kita dok merapu merepek. Tapi sekali sekala tulislah sesuatu yang informative. Aku sangat positif semua blogger ada kemahiran masing-masing walaupon kejenya hanyalah surirumah. Ada jugak blogger setiap hari Jumaat tulis sesuatu untuk pengisian jiwa. Bagus jugak tu. Tapi kita tak perlu terikat pada hari Jumaat jek pon. Yer la. Sebagai orang Islam kita kena selalu muhasabah diri kan. Jangan bagi perut jek makan. Jiwa kon kena bagi makan jugak.

2) Jujurlah dalam penulisan. Copy n paste tak salah pon. Tapi jangan lupa la bagi kredit kat owner asal artikel tu. Ini tak. Melambung-lambung la orang puji artikel tapi hakikatnya bukan kita yang tulis pon. So end up syok sendri sampai bila-bila. Hakikatnya tak kemana pon.

3) Buat duit banyak-banyak melalui blogging TAPI pastikan cara betul. Janganlah lah kerana nak cepat dapat income langsung jadi "matlamat menghalalkan cara". Ingat sikit. Tak berkat wehhh. Lagi plak kalau guna duit tu beli makan untuk anak bini. Langsung jadi darah daging. Kalau anak bini tak dengar cakap sendri mau ingat sebab apa
.
Wahai blogger sekalian..
Kita tatau sejauh mana artikel kita dapat mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu.
Kita juga takkan sangka sejauh mana artikel kita dapat mengubah paradigma sesesorang.
Kita juga takkan sangka melalui artikel kita, kita dapat menjana inspirasi seseorang.

Korang tak bangga ke kalau sebab artikel korang, korang berjaya mengubah seorang stay-at-home-mother jadi working-at-home-mother.
Korang tak bangga ke sebab artikel korang, korang berjaya ubah seorang pompuan/laki yang tangan kayu jadi kreatif. 
Korang tak bangga ker sebab artikel korang, si isteri yang nak masak megi pon tak reti tiba-tiba reti masak rendang tok. Laki pon sayang berganda-ganda sebab bini dah pandai masak rendang tok.

Berhari-hari nak siapkan entry ni. Penat.. Aku harap entry ni beri korang sesuatu yang positif untuk difikirkan.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack