Wednesday, March 31, 2010

The Simplest Giveaway Ever!

Jom join giveaway by Byzura Razali. Simple sangat.
Sangat seswai untuk orang yang malas mengarang macam aku. Hahaaaa.. =p
Klik banner di bawah ni untuk mengetahui syarat-syarat giveaway ni.
Cepat sebelum 25 April ni!


Friday, March 26, 2010

Nur Dayana Insyirah's 1st Birthday Give Away


Sempena cukup setahun umur E-ein, Cat telah menganjurkan satu Give Away. Sama la kita Cat. Ilham pon baru jek masuk setahun 15 Mac lepas. Cat ni aku kenal thru MBP.

Di samping full time vet Cat buat photography jugak! Cat ada photography blogshop iaitu Kedaigambarkami. Kalo korang nak Cat design header or blog batch pon bleh jugak. Multi talented btol si Cat ni!

Contest ni ada 2 kategori. Kategori A dan Kategori B. Korang bleh join salah satu kategori jek. Tak leh join dua2. Aku pilih kategori B. Sebab sejak beli SSC LP aku tak penah join pape contest pon related ngan babywearing. So kiranya nak rasmi gambar aku berbabywearing ngan contest Cat. Nak tau syarat-syarat nak join contest Cat ni klik sini kay..

Aku beli SSC ni dari Jess Peekaroo pada Oktober tahun lepas. Disebabkan masa tu H1N1 strike so jarang la keluar bawa ilham jalan-jalan. Jadinya SSC tu tak dapat digunakan seoptimum mungkin. Sehinggalah aku ikut hubby berkursus di Cameron Highlands. Masa ni la guna SSC ni habis-habisan. Memang puas hati beli. Berbaloi-baloi!

Aku beli corak stripes. Kalo hubby pakai untuk babywear ilham pon
tak la nampak jambu sangat. Muahahah... Yerr..yer jek aku. =p

Sepanjang di Cameron memang aku guna SSC Lp ni untuk carry ilham. Banyak gambar aku berbabywear sepanjang pi Cameron nih. Tapi aku pilih gambar kat Ladang Teh Boh sebab banyak2 tempat kat Cameron, Ladang Teh Boh merupakan tempat yang paling mencabar fizikal aku untuk carry Ilham. Nama pon ladang teh kan. Mesti lah berbukit-bukit. Hujan plak tu. Hubby carry dia nyer DSLR kerana merangkap sebagai photographer. Model utama di dalam gambar di bawah ini adalah cayang aku Muhammad Ilham Rafif yang baru saja masuk setahun.


Kecantikan yang memukau mata hati jiwa..

Kecantikan itu milik Ladang Teh Boh Sungai Palas, Cameron Highlands

Setelah mengisi perut dengan seteko teh dan sepotong kek, tibalah misi untuk menapak turun. Saja ngada2 amek jalan bertangga ni instead of jalan tar. Tengok.. the power of babywearing. Bleh pegang2 payung dalam hujan dan tangan pon tak lenguh nak dukung baby.

Baik-baik.. licin tu..!


Fuhhh... macam tak caya jek bleh menapak dari atas tu
sampai ke bawah sambil dukung ilham.


Pasan tak? Sampai tertido ilham..! Mama yang menapak dier plak yang letih lebih-lebih.

Close up sket.. Nyenyak anak mama yer.
Sejuk2 cani memang best tido. =)

Puas hati sangat ngan SSC Lp ni. Pasni rasa-rasa macam nak sambar ring sling plak. Tingin sangat RS jumpasac. Mungkin juga Snuggbaby giveaway dari Cat??

Monday, March 22, 2010

Mengimbas setahun yang lalu... (The journey of love)

15 Mac 2010..
Genap umur Ilham setahun. A'ahh.. Dah setahun pon si kecik tu. Cepat btol!

Ni kira back dated entry la. Maklumlah. Chek kalut dengan macam-macam hal lately. Hahaa.. Sokmo sebok! =p

Sepanjang aku mengandungkan Ilham Alhamdulillah tak de masalah langsung. Tak de mabuk-mabuk or mengidam. Selera makan macam biasa sebab kalo tak pregnant pon aku sentiasa jek berselera. Hihiii.. =p

Sampai lah 15 mac 2009. Aku kat rumah mak kat Kulim. Masa aku tengah breakfast sorang2 (Hubby tido lagik) tiba-tiba aku rasa baju kelawar yang aku pakai tu basah. Masa tu 8.30 pagi. Pelik gler masa tu. Takkan la terkencing dalam seluar plak sebab tak rasa macam nak terkencing pon. Malas pikir panjang aku pon masuk bilik tukar baju. Tiba-tiba air kuar lagi sekali ngan darah. Habis lantai bilik. Banyak ok. Terus aku kejut hubby. Boleh hubby aku buat tatau jek. Sampai la aku cakap bangun cepat dah bleeding ni. Terus dia bangun mengejut sampai aku pon terkujat jugak. Apa daaa.. Sib baik tak terberanak kat situ jugak sebab terkejut. Part paling lawak bleh hubby aku tanya nak buat apa. Adess! Aku gitau mak ada kat bawah. Gi panggil cepat.

On da way nak pegi hospital air tak henti-henti kuar. As expected kena warded. Dah nama spital kerajaan, sah-sah hubby tak bleh tunggu. Parents aku ngan hubby pon balik. Dan sampai lah part yang paling tak nak ingat. 8.30 malam hari yang sama tiba-tiba aku tak sedap badan. Puas lah aku panggil nurse minta dia check body temperature. Setiap setengah jam aku panggil nurse diorang asik minta tunggu kejap sebab katanya diorang ada keje lain. Bler aku minta Paracetamol diorang tak nak bagi. Hangen btol. Dah la sakit sebab contraction dah start.

Sampai lah around 10 mlm sorang nurse nampak aku dah berselimut satu badan. Baru lah terhegeh-hegeh datang check temperature tanpa aku minta. Temperature aku 38 degree kalo tak silap. Terus dier check fetal heart. Baby aku tachycardic (heart rate laju)! Apa lagi kelam kabut la diorang panggil doktor. Lepas doktor check and consult specialist aku kena emergency operation. Bler call hubby terkujat la dier. Everything happened in half an hour. So perasaan rasa macam melayang jek bler ditolak masuk ke bilik operation. Serius rasa macam tengok drama kat tv. Bunyi roda stretcher plus lampu-lampu kalimantang sepanjang jalan ke bilik operation buat aku gabra btol. Parents aku ngan hubby dah terpacak kat luar bilik bedah. Menambahkan scene drama swasta, mak ngan hubby dah cium-cium aku. Adoiiii.. Rasa tak rela nak masuk bilik operation tu. Rasa nyawa aku akan berakhir di dalam bilik tu jek nanti. Doktor dan staf lain kat dalam bilik tu semua cakap aku sangat cool dan bleh senyum sengih-sengih lagi. Padahal dalam hati Allah saja yang tau betapa gabranya. Aku makin cool bler semua doktor kat dalam bilik bedah tu sangat friendly. Two thumbs up untuk semua doktor dan staf yang menjayakan operation masa tu. Nurses yang datang check kat rumah masa dalam pantang cakap diorang jahit tempat bedah tu cantik sangat. Dipendekkan cerita baby aku selamat dikeluarkan. Bler doktor tunjuk kat aku rasa gler kentang macam tak caya itulah baby yang duduk dalam perut aku selama 36 minggu. Yep... baby aku kuar awal sebulan. Sepatutnya due 12 April. Sonok sangat masa tu sebab segalanya selamat. Ingat lagi rambut Ilham yang sangat hitam. Mak aku cakap jernih sangat mata Ilham masa tengok dia for the first time after kuar dari bilik operation.

Kisah panik dan gabra tak habis lagi! Masa di ward nurse noted Ilham macam susah bernafas. So terus admit NICU. Tengok-tengok Ilham was diagnosed to have congenital pneumonia. Ilham kena duduk dalam incubator and supported with oxygen. Ilham tak boleh bernafas sendiri. Ilham jugak dipengsankan (wahhh..!) untuk elakkan dia menangis. Sebab kalo nangis condition dier akan lagi teruk. Menangis tak kira la aku bler tengok Ilham for the first time. Sana-sini wayar bersambung-sambung. Kecik jek dier macam bantal cuma 2.55kg. Banyak-banyak baby kat situ Ilham la paling teruk.

Disebabkan ketiadaan pakar pada masa tu, akhirnya pada 16 Mac 2009 Ilham telah ditransfer ke Hospital Alor Star. So inilah pengalaman pertama hubby aku naik ambulans. Sangat teruk katanya. Dan aku masih di Hospital Kulim. Sib baik la mak ada. Sayang mak ngan abah sebab bersusah payah selama aku kat hospital dan berpantang. After kuar dari wad aku esoknya aku terus ke Alor Star. Di NICU Hospital Alor Star lagi la banyak kes dasat-dasat yang aku tengok yang jauh lagi kritikal dari Ilham. Ilham ni kategori kes biasa-biasa jek. Sangatlah bersyukur Ilham tak sekritikal baby lain.

Ilham warded for 12 days. Disebabkan bakteria yang menjangkiti Ilham adalah Group B Streptococcus (GBS) yang bleh menyebabkan meningitis so doctor suggest ambil air tulang belakang untuk tengok sama ada bakteria ni dah masuk ke situ. Satu lagi decision besar yang amat menakutkan aku ngan hubby. Setelah telefon sana sini mendapatkan pendapat 2-3 orang doktor (or lebih?) finally kitorang decide bagi consent untuk doktor amek air tulang belakang Ilham. Hubby aku tak habis-habis cakap ngan Ilham decision diambil demi masa depan Ilham. Walaupon hakikatnya Ilham tak faham pape.Aku ni nangis tak henti-henti la. Risiko procedure ni sangat-sangat low. Tapi risau jugak wehhh.. Parents aku angan PIL tak tatau menahu langsung pasal ni. Kawan-kawan terdekat jek tau. Yer la.. Kepantangan orang tua2 amek air tulang belakang ni. Takut lumpuh. Bukan orang tua jek. Orang muda pon sama. Tapi bila nak buat decision tu we all amek pandangan profesional doktor. Sebab bukan profesional kebanyakan totally object! Alhamdulillah. Procedure berjalan lancar. Dan yang penting no bacterial growth dalam air tulang belakang Ilham. Kalo tak kena duduk wad 1-2 minggu lagi.

Ilham discharged on day 12 of his life. Bermula lah kegabraan aku untuk menjaga seorang baby. Paling gabra nak bagi mandi Ilham. Kecik sangat. 1st time nak direct breastfeed dia pon mencabar jugak sebab sakit tempat bedah memang terasa sangat-sangat. Lepas tu datang plak masalah kuning. Setiap dua hari asyik ulang-alik klinik kesihatan cehck total serum bilirubin (TSB). Menduga hidup betol sebab reading TSB fluctuate. Macam-macam petua orang la aku ngan mak cuba nak kurang kan kuning. Kerapkan breastfeed, bagi Ilham minum air perahan anggur hijau/merah, air sengkuang cina, mandikan Ilham dengan daun mender tah and we all siap beli UV light lagik. Kuning Ilham berpanjangan sampai sebulan.

Salah satu sebab prolong jaundice ni adalah disebabkan jangkitan salur kencing. To confirm this thing kena la ambil air kencing kan. Nak menunggu Ilham kencing la satu masalah lagi. Bukan sekali dua jek kena wat urine test ni. Sepanjang setahun ni ada la lebih 10 kali kot. Awal-awal kira gak la berapa kali dah buat. Last-last tak kuasa dah mengira sebab kerap sangat wat urine test. Di samping urine test doktor buat ultrasound jugak. Nak menambah lagi masalah Ilham was dignosed to have left mild hydronephrosis (bengkak buah pinggang). Sudahh... Dan as always, hubby and I seek 2nd opinion. Kitorang bawak Ilham jumpa Private Peads Specialist di Alor Star. Oh yaa.. Ilham juga ada masalah umbilical hernia (pusat timbul). So di samping history of congenital pneumonia, prolong jaundice dan mild hydronephrosis kitorang tanya jugak pendapat Specialist tersebut tentang umbilical hernia ni. Penjelasan dari Specialist ni sangat-sangat aku puas hati. Rm35 jek consultation fee. Tido lena sket kitorang lepas jupe Specialist tu.

11 Feb 2010 (selepas beberapa bulan) ultrasound was repeated and guess what. No more hydronephrosis. Bengkak tu hilang sendri. No medication intervention at all. Memang doktor cakap benda cani bleh jadi. Dan possibility lain yang bleh jadi bengkak akan semakin teruk. Alhamdulillah ending yang baik untuk masalah hydroneprosis ni. Dan masalah umbilical hernia pon totally resolve sejak berbulan-bulan lalu. Kalo ikut Specialist tu masalah umbilical hernia Ilham tak kan hilang sepenuhnya sebab terlalu besar. Tapi berkat babysitter aku yang kerap sapu minyak dan urut pusat Ilham hari-hari, memang elok balik pusat dier.

Tanggal 25 Feb 2010, tutuplah buku Ilham dengan pihak hospital. Tak perlu lagi follow up kat hospital dah lepas ni. Alhamdulillah. Segalanya baik-baik ajer sekarang. Lagi lena tido kitorang. =)

Apabila mengenang kembali perjalanan setahun membesarkan Ilham, tak sangka betol melihat dia sesihat ini. Bak kata hubby, bukan senang nak dapat yang sorang ni, sayang sangat! Masa jadi macam-macam hal tu asyik meratap tangis jek dalam hati bertanya kenapa benda cani jadi kat aku. Namun bila ingat balik semua tu sesungguhnya terlalu banyak hikmah yang tak tergambarkan. Tak tertulis satu persatu kat sini. Aisehh.. Rasa syahdu plak tiba-tiba.

Sesungguhnya berbaik sangka lah dengan setiap dugaanNYA. DIA sentiasa di sisi kita. Mintalah dan pohonlah tiada dari yang lain selainNYA. InsyaAllah. Jika dia tidak makbulkan doa kita sekarang, tidak bermakna DIA takkan makbulkan sampai bila-bila. Bersabar dan terus berdoa. DIA sentiasa mendengar. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Saturday, March 20, 2010

Miss My Heroes Badly...

Second day kat kl berkursus betul-betul membunuh jiwa tanpa hero dua orang tu. First time aku tinggal 2 heroes tu berhari-hari. (3 days 2 nights jek pon =p)

Guess wat? Hubby aku jaga Ilham sepanjang ketiadaan aku. Segalanya di luar jangkaan. Kalo ikut plan asal my hubby akan bawak balik Ilham ke rumah PIL. Unfortunately my MIL warded semalam sebab penat. Alhamdulillah. My MIL discharged at the same day. Tapi still lemah. Disebabkan Ilham sekarang sangat la aktif hubby and I decide tak kan balik Ilham ke rumah my PIL. So dat my MIL bleh berehat dengan aman damai tanpa gangguan. Amat lah bermasalah kalo hubby jaga Ilham sorang-sorang. Kalo nak solat or ke tandas tak de plak orang nak tengokkan Ilham. So aku pon minta tolong abah aku untuk datang ke rumah so dat he can take care of Ilham together with my hubby. My mom? Esok baru balik dari Sabah. Tak bleh tido aku semalam bler fikir macam-macam hal jadik kat sinun. Macam nak amek flight semalam jugak balik ke sana. Menitik gak la air mata ni sebab dah susahkan hubby, abah, babysitter dan Ilham.

2 orang lelaki take care of baby? Bleh ker? Blehhhhh sangat-sangat. Hubby aku memang bleh diharap sangat. Kalo setakat bagi mandi, pakaikan baju & diapers, bagi makan & entertain Ilham dia memang dah biasa. Cuma sebelum ni tak de la kena tinggal berhari-hari macam ni. At first aku memang risau. Takut hubby tak leh handle kalo Ilham moody and mengamuk. Berkali-kali aku pesan kalo tak bleh handle hantar kat babysitter. Alhamdulillah. So far so good. Tak sabar nak balik esok..!

Wednesday, March 3, 2010

Too Good To Be True... But It's true I guess

Tadi aku tengok rancangan Sehati Sejiwa. Sehati sejiwa ni talk show pasal hal rumah tangga celebrity. Host dier Misha Omar. Aku pnah tengok Scha Al-Yahya jadi host rancangan ni. Cam hampeh jek. Misha better sket. Bukan pasal rancangan ni yang aku citer. Tapi pasal celebrity yang dijemput untuk episod kali ni. Kali ni Jalaluddin Hassan tetamu jemputan together with his wife. Wife dier diam jek tak banyak cakap.

Point-point menarik sepanjang rancangan tu yang aku nak share ngan korang.

1) Selepas penggambaran drama Rafflesia, Jalaluddin Hassan masih terbawa-bawa watak dia dalam tersebut di rumah. Jalal cakap kat wife dier yg sebenar 'saya teringat isteri saya Akma' (which is Rita Rudaini dalam drama Raflesia tu) Jalal gitau hati dia macam tak tenteram jek. Asik teringat Rita. Dengan cool nya wife dia yg sebenar cakap 'Tak pe. Esok jumpa Rita bagitau dier'. Esoknya Jalal jupe dan bagitau Rita. Lepas bagitau baru dier rasa tenteram.

--> My goodness. Bapak sporting bini dier. Bak kata Jalal memang susah nak tengok bini dier jeles. Kalo aku...?

2) Setiap kali balik dari shooting bini dier la yang cucikan make up kat muka Jalal, tanggalkan stoking dan bagai. Setiap hari dia buat rutin ni selama 33 tahun diorang kawen.

--> Owwhhh... Kerdilnya diri ini. Time tu asik terfikir jek. Apa ek yang aku buat kat laki aku selama dekat 2 tahun kawen ni.

3) Bini dier kata Jalal seorang yang sangat manja mengalahkan anak kecik. Jalal tak penah potong kuku sendri. Bini dier yang potongkan. Dan semenjak mata bini dier yang semakin kabur anak dier yang potongkan kuku dier.

--> Hurmmmm... Hal potong2 kuku hubby ni memang aku penah gak la dengar orang buat. Tapi... aku memang tak terbuat la benda ni.

3) Kalo kat tempat shooting Jalal akan call wife dier berkali-kali nak tanya buat apa, makan ke blom. Kalo tak angkat mesti Jalal marah. Kalo shooting luar KL berhari-hari wife dier akan susah hati tak bleh tido sebab Jalal akan call selalu.

--> Time berchenta je la selalu nya cenggini kot.. Hahahaha...


Ok. Sudah-sudah la tu. Bukan pasal hal laki bini ni yang aku sebokkan. Tapi merenung kisah kehidupan suami isteri yang dah tua tapi masih sweet-sweet gitu alahaiiii sonok dengar. Tak perlu ciom peluk sakan nak express kasih sayang kay. Rutin hari-hari bini untuk cik somi dan cik somi untuk isteri lebih dari segala-gala.

Aduhaii... windu plak kat hero gagah yang kat rumah tu.
Hero itu majuk semalam. Susah payah pecut balik rumah ingatkan bini terchenta yang terpaksa bertenggek kat luar rumah sebab terlupa bawak kunci (Ok..aku selalu lupa =p) Alih-alih bini dier ni sedap jek layan cheese cake kat Secret Recipe. Ampun yer bang. Tak buat dah pasni.

Tuesday, March 2, 2010

Kematian Pertama H1N1 Untuk Tahun Ini

Bahang wabak pandemik influenze H1N1 semakin suam-suam kuku. Walaupon di media iklan peringatan tentang wabak ini sentiasa ada. Namun disebabkan sikap kita yang mudah lupa dan ambil mudah, penularan wabak ini semakin dilupakan. Walaupun telah diingatkan tentang akan datangnya second wave wabak ini namun masyarakat semakin selesa sebab tiada langsung kematian dilaporkan sejak hujung tahun 2009. Dan sesungguhnya aku adalah antara mereka yang semakin lupa tentang bahaya virus itu (dah makin tua kot =p). Dengan selambanya dah lama tak pakai face mask kat tempat keje. Selamba badak bawak Ilham pi tempat-tempat crowded macam pasar tani.

Dan sesungguhnya kenkawan sekalian, virus itu masih bersama kita. Dan tak mustahil dah mutate. Kematian pertama untuk tahun ini dilaporkan berlaku di HUSM. Pesakit muda lagi okeh. Baru 22 tahun. Ok malas nak tulis. Baca kat bawah ni. Aku quote dari website KKM.

Kementerian Kesihatan ingin merujuk kepada beberapa pertanyaan berkaitan kematian jangkitan Influenza A (H1N1) yang berlaku di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), Kubang Kerian pada 28 Februari 2010. Mengikut laporan yang diterima daripada pihak HUSM, penyebab kematian kes ini dicatatkan sebagai “Septicemic Shock with Acute Respiratory Distress Syndrome secondary to H1N1 Infection”.

Kes ini adalah seorang wanita berumur 22 tahun, dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari 2010 dengan riwayat telah mengalami demam dan batuk selama 8 hari. Kes mula mendapat rawatan di sebuah klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama. Kes terus dimasukkan ke wad dan rawatan antiviral influenza A(H1N1) terus dimulakan. Kes disahkan sebagai jangkitan influenza A(H1N1) pada 16 Februari 2010. Akibat komplikasi jangkitan paru-paru, pesakit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU) hospital berkenaan pada 17 Februari 2010. Pesakit meninggal dunia 2 minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai “Septicemic Shock with Acute Respiratory Distress Syndrome secondary to H1N1 Infection”. Walaupun jangkitan influenza A(H1N1) bagi kes ini dikatakan sebagai `secondary’, kejadian kematian ini menunjukkan penularan H1N1 walaupun agak rendah boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak ambil.

Oleh itu wahai kenkawan sekalian. Sentiasalah berjaga-berjaga. Langkah-langkah pencegahan sama jugak macam biasa. U all mesti dah tau. Tinggal nak ngan tak nak or jangan jadi macam aku slumber badak. Or consider nak amek vaksin? Bleh klik cni. Aku dah bebel pasal vaksin H1N1 ni kat sini.

Akhirnya aku tak perlu menahan nafsu..

Sket jek lagi. Pasni bleh amek Ilham

Aku sedang menikmati kesedapan Classic Cheese cake dan kepanasan Long Black coffee di Secret Recipe. Yupp.. Secret Recipe. Iyerrr.. Secret Recipe akhirnya wujud di Perlis. Ok fine. Secret Recipe jek pon. Big enuff kay untuk memenuhi kemengidaman aku terhadap kek yang sedap. Kalo tak... kena tahan nafsu berhari-hari kalo teringin cheese cake yang sedap. DIULANGI.. CHEESE CAKE YANG SEDAP SAJA! Cheese cake memang la bersepah-sepah kat Perlis ni. Tapi tak de satu pon yang sedap.

Aku suka makan. Kalo hati tengah lara or tension tahap tapir, makanan yang sedap lagi lazat bleh buat aku happy balik. Ingat lagi satu hari yang malang tu- bertekak ngan kontraktor. Hangin gler satu badan beb. Panas aku satu hari. So time tu cuma tingat nak makan makanan yang tersangatlah lazat yang bleh buat aku rasa macam kat heaven. Makanan yang bleh buat aku lupa kontraktor busuk perut tuh. Pikir punya pikir last-last end makan KFC jek! Gelak sakan Si Poji (bukan nama sebenar) bler tau makanan paling sedap time tu yang bleh aku dapat cuma KFC! Pathetic gler rasa masa tengah makan KFC tu. Nak nangis pon ader jugak. Sebab mengenang nasib badan yang mampu melapah KFC jek di kala sakit jiwa tahap dewa. Time makan KFC tu imagine je la macam makan Nando's ke or Kenny Rogers kan. So dengan wujudnya Secret Recipe ni meriah la sket pilihan aku kat cni. Hoooreyy...