Tadi aku tengok rancangan Sehati Sejiwa. Sehati sejiwa ni talk show pasal hal rumah tangga celebrity. Host dier Misha Omar. Aku pnah tengok Scha Al-Yahya jadi host rancangan ni. Cam hampeh jek. Misha better sket. Bukan pasal rancangan ni yang aku citer. Tapi pasal celebrity yang dijemput untuk episod kali ni. Kali ni Jalaluddin Hassan tetamu jemputan together with his wife. Wife dier diam jek tak banyak cakap.
Point-point menarik sepanjang rancangan tu yang aku nak share ngan korang.
1) Selepas penggambaran drama Rafflesia, Jalaluddin Hassan masih terbawa-bawa watak dia dalam tersebut di rumah. Jalal cakap kat wife dier yg sebenar 'saya teringat isteri saya Akma' (which is Rita Rudaini dalam drama Raflesia tu) Jalal gitau hati dia macam tak tenteram jek. Asik teringat Rita. Dengan cool nya wife dia yg sebenar cakap 'Tak pe. Esok jumpa Rita bagitau dier'. Esoknya Jalal jupe dan bagitau Rita. Lepas bagitau baru dier rasa tenteram.
--> My goodness. Bapak sporting bini dier. Bak kata Jalal memang susah nak tengok bini dier jeles. Kalo aku...?
2) Setiap kali balik dari shooting bini dier la yang cucikan make up kat muka Jalal, tanggalkan stoking dan bagai. Setiap hari dia buat rutin ni selama 33 tahun diorang kawen.
--> Owwhhh... Kerdilnya diri ini. Time tu asik terfikir jek. Apa ek yang aku buat kat laki aku selama dekat 2 tahun kawen ni.
3) Bini dier kata Jalal seorang yang sangat manja mengalahkan anak kecik. Jalal tak penah potong kuku sendri. Bini dier yang potongkan. Dan semenjak mata bini dier yang semakin kabur anak dier yang potongkan kuku dier.
--> Hurmmmm... Hal potong2 kuku hubby ni memang aku penah gak la dengar orang buat. Tapi... aku memang tak terbuat la benda ni.
3) Kalo kat tempat shooting Jalal akan call wife dier berkali-kali nak tanya buat apa, makan ke blom. Kalo tak angkat mesti Jalal marah. Kalo shooting luar KL berhari-hari wife dier akan susah hati tak bleh tido sebab Jalal akan call selalu.
--> Time berchenta je la selalu nya cenggini kot.. Hahahaha...
Ok. Sudah-sudah la tu. Bukan pasal hal laki bini ni yang aku sebokkan. Tapi merenung kisah kehidupan suami isteri yang dah tua tapi masih sweet-sweet gitu alahaiiii sonok dengar. Tak perlu ciom peluk sakan nak express kasih sayang kay. Rutin hari-hari bini untuk cik somi dan cik somi untuk isteri lebih dari segala-gala.
Aduhaii... windu plak kat hero gagah yang kat rumah tu.
Hero itu majuk semalam. Susah payah pecut balik rumah ingatkan bini terchenta yang terpaksa bertenggek kat luar rumah sebab terlupa bawak kunci (Ok..aku selalu lupa =p) Alih-alih bini dier ni sedap jek layan cheese cake kat Secret Recipe. Ampun yer bang. Tak buat dah pasni.
point yang pertama tu: jalaludin saje nak wat wifey dia jeles tak..kalo husband kita kata gitu, carik nahas sebab bini dia ni ganaz hahaha
ReplyDeletehehe,..alamak kesian la kat hubby sue.
ReplyDeletemacam dlm cerita sitcom pulak, isteri tgh mkn cheese cake kat secret recipe..hehe.
Yg psl Jalal tu memang bini dia bapak punya sporting. kalau saya ni,..abih la..taufan.
kalau I hubby i ngaku gitu, i majuk berminggu2 la jawabnya hahaha
ReplyDeletecat, nia & yatie: tu la. Sporting pon kena la ada batas kan. Huhuuuu.. i pon tak bleh terima kalo hubby buat joke macam ni.
ReplyDelete