Sempena cukup setahun umur E-ein, Cat telah menganjurkan satu Give Away. Sama la kita Cat. Ilham pon baru jek masuk setahun 15 Mac lepas. Cat ni aku kenal thru MBP.
Di samping full time vet Cat buat photography jugak! Cat ada photography blogshop iaitu Kedaigambarkami. Kalo korang nak Cat design header or blog batch pon bleh jugak. Multi talented btol si Cat ni!
Contest ni ada 2 kategori. Kategori A dan Kategori B. Korang bleh join salah satu kategori jek. Tak leh join dua2. Aku pilih kategori B. Sebab sejak beli SSC LP aku tak penah join pape contest pon related ngan babywearing. So kiranya nak rasmi gambar aku berbabywearing ngan contest Cat. Nak tau syarat-syarat nak join contest Cat ni klik sini kay..
Aku beli SSC ni dari Jess Peekaroo pada Oktober tahun lepas. Disebabkan masa tu H1N1 strike so jarang la keluar bawa ilham jalan-jalan. Jadinya SSC tu tak dapat digunakan seoptimum mungkin. Sehinggalah aku ikut hubby berkursus di Cameron Highlands. Masa ni la guna SSC ni habis-habisan. Memang puas hati beli. Berbaloi-baloi!
Aku beli corak stripes. Kalo hubby pakai untuk babywear ilham pon
tak la nampak jambu sangat. Muahahah... Yerr..yer jek aku. =p
tak la nampak jambu sangat. Muahahah... Yerr..yer jek aku. =p
Sepanjang di Cameron memang aku guna SSC Lp ni untuk carry ilham. Banyak gambar aku berbabywear sepanjang pi Cameron nih. Tapi aku pilih gambar kat Ladang Teh Boh sebab banyak2 tempat kat Cameron, Ladang Teh Boh merupakan tempat yang paling mencabar fizikal aku untuk carry Ilham. Nama pon ladang teh kan. Mesti lah berbukit-bukit. Hujan plak tu. Hubby carry dia nyer DSLR kerana merangkap sebagai photographer. Model utama di dalam gambar di bawah ini adalah cayang aku Muhammad Ilham Rafif yang baru saja masuk setahun.
Setelah mengisi perut dengan seteko teh dan sepotong kek, tibalah misi untuk menapak turun. Saja ngada2 amek jalan bertangga ni instead of jalan tar. Tengok.. the power of babywearing. Bleh pegang2 payung dalam hujan dan tangan pon tak lenguh nak dukung baby.
Puas hati sangat ngan SSC Lp ni. Pasni rasa-rasa macam nak sambar ring sling plak. Tingin sangat RS jumpasac. Mungkin juga Snuggbaby giveaway dari Cat??
wah, good luck dear!!
ReplyDeletei tak pernah try pakai sling tu, sebab Diha ni, peel dia lain benar, tak nak duduk tergantung mcm tu, nak berduking la jgk.
Awal2 ilham macam tu jugak nia. Tapi lama2 ok la. Sekarang tak larat dah nak babywear ilham. Berat dier 9.1kg. Semput sue dibuatnya..!
ReplyDelete