Tuesday, October 1, 2013

Perkongsian Yang Bermakna..

Alhamdulillah. Dalam dok ketaq menunggu 28 September 2013 akhirnya berakhir juga. Aku dijemput oleh Lyna Noh mysuperkids.net untuk jadi presenter program Jom Hebat SP. Macam biasa la. Dalam apa-apa presentation pon, masa praktis cakap macam lain. Tapi yang keluar hari tu lain pulak. Hahaaa.. Padahal notes dah ada kat tangan. Tapi macam biasa la. Words dalam notes nampak berterabur sudah hari tu.


Sungguh.. aku tak sangka Lyna bagi kepercayaan kat aku untuk present hari tu memandangkan jauh lagi perjalanan aku dalam bisnes sekarang. Nak tanya jugak dia kenapa pilih aku. Yer la. Banyak lagi yang aku perlu polish dalam bisnes sekarang. Tapi tak tanya pon sebab aku nak buat je. Berbekalkan pengalaman dua bisnes lain sebelum ni iaitu bisnes fotografi dan bisnes barang baby, idea datang mencurah-curah masa nak siapkan slide presentation tu. Sampaikan aku list down dulu semua point takut terlupa. Ada kadang-kadang tu tengah mandi pon bleh dapat idea. So lepas mandi, cepat-cepat tulis idea tu. Takut terlupa. Over tak? Hahaa.. tapi tu la kenyataannya.


Di tempat kejadian

Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar hari tu. Ada yang bagi feedback dalam secret group kitorang cakap puas hati. Aku memang rasa seronok dan excited sangat nak share pengalaman aku dalam tiga bisnes sejak 3-4 tahun lepas - bisnes fotografi, bisnes jual barang baby dan the latest bisnes Shaklee. Aku pon excited sangat nak share kenapa aku pilih supplement Shaklee instead of brand lain. Sesungguhnya Allah jua yang memegang hati kita. Sentiasalah berdoa supaya Allah membuka hati kita untuk memilih yang terbaik. Sesungguhnya, bisnes sekarang adalah bisnes terbaik setakat ni. Aku dah share di blog aku yang satu lagi tentang kelebihan bisnes ini. KLIK SINI untuk baca entry tu. Yer.. aku ada dua blog yang kena maintain sekarang. Bkan lah satu beban sebab aku suka sangat dengan apa yang aku buat. Banyak masa? Sama macam orang lain. Aku cuma ada 24 jam. Aku selalu berdoa semoga Allah berkati masa lapang aku. Semoga masa lapang aku terisi dengan benda-benda yang bermanfaat. 

Excited nak share apa feedback peserta program Jom Hebat SP tu. Untuk tatapan anak-anak jugak nanti- Ilham dan Medina serta anak yang bakal menyertai keluarga ini pada Januari tahun depan InsyaAllah. Aku nak anak-anak jadi lagi hebat dari aku. Bisnes ini juga adalah demi diorang dan semua yang memerlukan di luar sana. Antara impian aku adalah nak create job untuk anak-anak untuk masa depan dan orang di luar sana yang memerlukan. Jadi anak-anak tak perlu bergantung kepada orang lain untuk dapatkan kerja. Yer la. Kita tak tau pasaran kerja pada masa akan datang. Namun ruang bisnes adalah peluang kerja yang luas untuk sesiapa pon teroka tak kisah ko study apa pon dulu-dulu kat universiti. Tak kisah ko ambik SPM ke tak dulu. Tak kisah ko sekolah ke tak dulu. Bisnes banyak mendidik jiwa dan peribadi aku. Sungguh.. semua tu aku temui dalam bisnes sekarang. Bisnes sekarang bisnes yang ada jiwanya tersendiri. Sebab tu aku sayang sangat bisnes ni. Bukan $$$$ semata-mata.

Panjang plak membebel kan. Tak yah cakap banyak. Tengok screenshot bawah ni. 



Ilham, Medina dan adik baby, best tak mama korang ni? (Mama syok sendiri sudah!!) Tak bleh blah.. Hahaaaaa..

----------------------------
Suhaida Su'aid
Founder THE FABULOUS (Secret Group)
WHatsApp: 019-4548200



No comments:

Post a Comment