Friday, April 2, 2010

Mari ramai-ramai serbu PISA, Penang 2-4 April 2010!


HOMEDEC 2010 akan memeriahkan utara pada 2-4 April di PISA (Penang International Sports Arena) Penang. Kalo tak silap ni kali ketiga HOMEDEC diadakan di Penang. HOMEDEC adalah singkatan kepada Home Decoration Exhibition. So it's all about deko..deko..deko!!

Aku tak penah lagi pi HOMEDEC ni. Sebab tak penah tau pon ada exhibition macam ni. Sib baik la tertengok iklan pasal HOMEDEC ni dalam magazine Squarerooms. Squarerooms adalah majalah pasal deko..deko..deko. So untuk tahun ni aku dah gitau hubby awal-awal yang aku nak sangat-sangat gi tengok exhibition ni. Nak jugak tau apa yang ada kan. Nawaitu yang sebenar-benar nak cuci mata! =p Hopefully banyak barang-barang cantik. Hahaha... =p

Apa yang menarik di HOMEDEC Penang tahun ni?

1) HOMEDEC Contest
RM30 000 hadiah yang boleh dimenangi (cash and products)

2) HOMEDEC Seminar
Ada 3 slot yang bertajuk How To Paint Your Wall Right by Nippon Paint, Renovation Checklist by Eric Leong dan Bathroom Lifestyle by Flowline Sdn Bhd.

Kepada yang berminat nak pegi exhibition ni start pukul 11 pagi sampai 9 malam. Masuk FREE! Untuk orang berada di KL dan Johor serta mereka yang sewaktu dengannya good news.! Di KL HOMEDEC 2010 akan diadakan di KL Convention Centre pada 29 April hingga 2 Mei manakala di Johor pada 6-8 Ogos diadakan di PERSADA International Convention Centre. Untuk maklumat lanjut klik website HOMEDEC.

2 comments:

  1. wala weh, best tuh..nasib baik jauh kat Penang, kalau tak, awal2 pagi akak dah terpacak kat situ..haha..

    ReplyDelete
  2. kl pon ada jugak nanti. 29 April sampai 2 Mei. Kompem kl punyer lagi meriah sebab tempat pameran besar

    ReplyDelete