15 Mac 2010..
Genap umur Ilham setahun. A'ahh.. Dah setahun pon si kecik tu. Cepat btol!
Ni kira back dated entry la. Maklumlah. Chek kalut dengan macam-macam hal lately. Hahaa.. Sokmo sebok! =p
Sepanjang aku mengandungkan Ilham Alhamdulillah tak de masalah langsung. Tak de mabuk-mabuk or mengidam. Selera makan macam biasa sebab kalo tak pregnant pon aku sentiasa jek berselera. Hihiii.. =p
Sampai lah 15 mac 2009. Aku kat rumah mak kat Kulim. Masa aku tengah breakfast sorang2 (Hubby tido lagik) tiba-tiba aku rasa baju kelawar yang aku pakai tu basah. Masa tu 8.30 pagi. Pelik gler masa tu. Takkan la terkencing dalam seluar plak sebab tak rasa macam nak terkencing pon. Malas pikir panjang aku pon masuk bilik tukar baju. Tiba-tiba air kuar lagi sekali ngan darah. Habis lantai bilik. Banyak ok. Terus aku kejut hubby. Boleh hubby aku buat tatau jek. Sampai la aku cakap bangun cepat dah bleeding ni. Terus dia bangun mengejut sampai aku pon terkujat jugak. Apa daaa.. Sib baik tak terberanak kat situ jugak sebab terkejut. Part paling lawak bleh hubby aku tanya nak buat apa. Adess! Aku gitau mak ada kat bawah. Gi panggil cepat.
On da way nak pegi hospital air tak henti-henti kuar. As expected kena warded. Dah nama spital kerajaan, sah-sah hubby tak bleh tunggu. Parents aku ngan hubby pon balik. Dan sampai lah part yang paling tak nak ingat. 8.30 malam hari yang sama tiba-tiba aku tak sedap badan. Puas lah aku panggil nurse minta dia check body temperature. Setiap setengah jam aku panggil nurse diorang asik minta tunggu kejap sebab katanya diorang ada keje lain. Bler aku minta Paracetamol diorang tak nak bagi. Hangen btol. Dah la sakit sebab contraction dah start.
Sampai lah around 10 mlm sorang nurse nampak aku dah berselimut satu badan. Baru lah terhegeh-hegeh datang check temperature tanpa aku minta. Temperature aku 38 degree kalo tak silap. Terus dier check fetal heart. Baby aku tachycardic (heart rate laju)! Apa lagi kelam kabut la diorang panggil doktor. Lepas doktor check and consult specialist aku kena emergency operation. Bler call hubby terkujat la dier. Everything happened in half an hour. So perasaan rasa macam melayang jek bler ditolak masuk ke bilik operation. Serius rasa macam tengok drama kat tv. Bunyi roda stretcher plus lampu-lampu kalimantang sepanjang jalan ke bilik operation buat aku gabra btol. Parents aku ngan hubby dah terpacak kat luar bilik bedah. Menambahkan scene drama swasta, mak ngan hubby dah cium-cium aku. Adoiiii.. Rasa tak rela nak masuk bilik operation tu. Rasa nyawa aku akan berakhir di dalam bilik tu jek nanti. Doktor dan staf lain kat dalam bilik tu semua cakap aku sangat cool dan bleh senyum sengih-sengih lagi. Padahal dalam hati Allah saja yang tau betapa gabranya. Aku makin cool bler semua doktor kat dalam bilik bedah tu sangat friendly. Two thumbs up untuk semua doktor dan staf yang menjayakan operation masa tu. Nurses yang datang check kat rumah masa dalam pantang cakap diorang jahit tempat bedah tu cantik sangat. Dipendekkan cerita baby aku selamat dikeluarkan. Bler doktor tunjuk kat aku rasa gler kentang macam tak caya itulah baby yang duduk dalam perut aku selama 36 minggu. Yep... baby aku kuar awal sebulan. Sepatutnya due 12 April. Sonok sangat masa tu sebab segalanya selamat. Ingat lagi rambut Ilham yang sangat hitam. Mak aku cakap jernih sangat mata Ilham masa tengok dia for the first time after kuar dari bilik operation.
Kisah panik dan gabra tak habis lagi! Masa di ward nurse noted Ilham macam susah bernafas. So terus admit NICU. Tengok-tengok Ilham was diagnosed to have congenital pneumonia. Ilham kena duduk dalam incubator and supported with oxygen. Ilham tak boleh bernafas sendiri. Ilham jugak dipengsankan (wahhh..!) untuk elakkan dia menangis. Sebab kalo nangis condition dier akan lagi teruk. Menangis tak kira la aku bler tengok Ilham for the first time. Sana-sini wayar bersambung-sambung. Kecik jek dier macam bantal cuma 2.55kg. Banyak-banyak baby kat situ Ilham la paling teruk.
Disebabkan ketiadaan pakar pada masa tu, akhirnya pada 16 Mac 2009 Ilham telah ditransfer ke Hospital Alor Star. So inilah pengalaman pertama hubby aku naik ambulans. Sangat teruk katanya. Dan aku masih di Hospital Kulim. Sib baik la mak ada. Sayang mak ngan abah sebab bersusah payah selama aku kat hospital dan berpantang. After kuar dari wad aku esoknya aku terus ke Alor Star. Di NICU Hospital Alor Star lagi la banyak kes dasat-dasat yang aku tengok yang jauh lagi kritikal dari Ilham. Ilham ni kategori kes biasa-biasa jek. Sangatlah bersyukur Ilham tak sekritikal baby lain.
Ilham warded for 12 days. Disebabkan bakteria yang menjangkiti Ilham adalah Group B Streptococcus (GBS) yang bleh menyebabkan meningitis so doctor suggest ambil air tulang belakang untuk tengok sama ada bakteria ni dah masuk ke situ. Satu lagi decision besar yang amat menakutkan aku ngan hubby. Setelah telefon sana sini mendapatkan pendapat 2-3 orang doktor (or lebih?) finally kitorang decide bagi consent untuk doktor amek air tulang belakang Ilham. Hubby aku tak habis-habis cakap ngan Ilham decision diambil demi masa depan Ilham. Walaupon hakikatnya Ilham tak faham pape.Aku ni nangis tak henti-henti la. Risiko procedure ni sangat-sangat low. Tapi risau jugak wehhh.. Parents aku angan PIL tak tatau menahu langsung pasal ni. Kawan-kawan terdekat jek tau. Yer la.. Kepantangan orang tua2 amek air tulang belakang ni. Takut lumpuh. Bukan orang tua jek. Orang muda pon sama. Tapi bila nak buat decision tu we all amek pandangan profesional doktor. Sebab bukan profesional kebanyakan totally object! Alhamdulillah. Procedure berjalan lancar. Dan yang penting no bacterial growth dalam air tulang belakang Ilham. Kalo tak kena duduk wad 1-2 minggu lagi.
Ilham discharged on day 12 of his life. Bermula lah kegabraan aku untuk menjaga seorang baby. Paling gabra nak bagi mandi Ilham. Kecik sangat. 1st time nak direct breastfeed dia pon mencabar jugak sebab sakit tempat bedah memang terasa sangat-sangat. Lepas tu datang plak masalah kuning. Setiap dua hari asyik ulang-alik klinik kesihatan cehck total serum bilirubin (TSB). Menduga hidup betol sebab reading TSB fluctuate. Macam-macam petua orang la aku ngan mak cuba nak kurang kan kuning. Kerapkan breastfeed, bagi Ilham minum air perahan anggur hijau/merah, air sengkuang cina, mandikan Ilham dengan daun mender tah and we all siap beli UV light lagik. Kuning Ilham berpanjangan sampai sebulan.
Salah satu sebab prolong jaundice ni adalah disebabkan jangkitan salur kencing. To confirm this thing kena la ambil air kencing kan. Nak menunggu Ilham kencing la satu masalah lagi. Bukan sekali dua jek kena wat urine test ni. Sepanjang setahun ni ada la lebih 10 kali kot. Awal-awal kira gak la berapa kali dah buat. Last-last tak kuasa dah mengira sebab kerap sangat wat urine test. Di samping urine test doktor buat ultrasound jugak. Nak menambah lagi masalah Ilham was dignosed to have left mild hydronephrosis (bengkak buah pinggang). Sudahh... Dan as always, hubby and I seek 2nd opinion. Kitorang bawak Ilham jumpa Private Peads Specialist di Alor Star. Oh yaa.. Ilham juga ada masalah umbilical hernia (pusat timbul). So di samping history of congenital pneumonia, prolong jaundice dan mild hydronephrosis kitorang tanya jugak pendapat Specialist tersebut tentang umbilical hernia ni. Penjelasan dari Specialist ni sangat-sangat aku puas hati. Rm35 jek consultation fee. Tido lena sket kitorang lepas jupe Specialist tu.
11 Feb 2010 (selepas beberapa bulan) ultrasound was repeated and guess what. No more hydronephrosis. Bengkak tu hilang sendri. No medication intervention at all. Memang doktor cakap benda cani bleh jadi. Dan possibility lain yang bleh jadi bengkak akan semakin teruk. Alhamdulillah ending yang baik untuk masalah hydroneprosis ni. Dan masalah umbilical hernia pon totally resolve sejak berbulan-bulan lalu. Kalo ikut Specialist tu masalah umbilical hernia Ilham tak kan hilang sepenuhnya sebab terlalu besar. Tapi berkat babysitter aku yang kerap sapu minyak dan urut pusat Ilham hari-hari, memang elok balik pusat dier.
Tanggal 25 Feb 2010, tutuplah buku Ilham dengan pihak hospital. Tak perlu lagi follow up kat hospital dah lepas ni. Alhamdulillah. Segalanya baik-baik ajer sekarang. Lagi lena tido kitorang. =)
Apabila mengenang kembali perjalanan setahun membesarkan Ilham, tak sangka betol melihat dia sesihat ini. Bak kata hubby, bukan senang nak dapat yang sorang ni, sayang sangat! Masa jadi macam-macam hal tu asyik meratap tangis jek dalam hati bertanya kenapa benda cani jadi kat aku. Namun bila ingat balik semua tu sesungguhnya terlalu banyak hikmah yang tak tergambarkan. Tak tertulis satu persatu kat sini. Aisehh.. Rasa syahdu plak tiba-tiba.
Sesungguhnya berbaik sangka lah dengan setiap dugaanNYA. DIA sentiasa di sisi kita. Mintalah dan pohonlah tiada dari yang lain selainNYA. InsyaAllah. Jika dia tidak makbulkan doa kita sekarang, tidak bermakna DIA takkan makbulkan sampai bila-bila. Bersabar dan terus berdoa. DIA sentiasa mendengar. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
pengalaman tu sgt berharga Sue! :)
ReplyDeleteMy Written Thoughts: Tu la. Berharga sangat!
ReplyDeletemcm2 yang dah Sue lalui ye...alhamdulillah...skrg semuanya baik2 saja..
ReplyDeletealhamdulillah... hopefully tak de pape dah pasnih.
ReplyDelete