Wednesday, June 30, 2010

Owhhh..perasaan ini seperti slovakia menang ke atas Itali!

Pagi tadi opis aku buat pertandingan koir antara jabatan. Yepp...aku join jugak. So wutt?? =p Jangan tanya aku apahal nak beradu suara ramai-ramai macam ni. Malas nak citer.

First group yang buat performance.
(Tempat keempat)
CODE:GG


Kalo ada pakaian tercantek aku vote diorang.
Stylish yet elegant.
Namun rezeki hanya tempat kelima.
Faham la aku bila juri komen ini pertandingan koir.
Markah untuk keterampilan 5 jek. Harmony 40 markah!
CODE: T.Fauziah


Chupp!! DEPARTMENT AKU TIDAK MENANG 1ST PRIZE. Tempat ketiga jek dari 5 group yang bertanding. Almost last la tu kan. Muahahaa.. Tapi berada di dalam group underdog (yang baru ditubuhkan sebulan, berlatih 2 jam x 2 minggu jek) membuatkan keterujaan melampau bila menang 3rd prize sekalipon! Bagi chance la aku teruja woiii.. =p

Aku suka berada di kalangan orang yang cool dan low profile tetapi HEBAT! Gebang lebih-lebih tapi kosong kita tak layan kay.. FULL STOP!

The champion!
Giler meremang biler dengar diorang mengalun lagu WARISAN by Sudirman
Congrats guys.


Tempat kedua
CODE: PKD

Tempat ketiga
Geng bas sekolah. Heheee..
Joking guys.. =)

P/S: Aku tengok game slovakia lawan Itali ni. Betol-betol tengok punya. Memang Itali patut kalah. (Jangan marah yer fan Itali. France pon kalah jugak kan. So tak yah kecik hati) To Slovakian: Best kan kalo orang asyik cakap then siap bet lagi team korang akan kalah tengok-tengok menang. Dengan Itali plak tu bukan Afrika Selatan kan. (Macam Orang Slovakia baca blog aku. Ekekeke...)

Monday, June 21, 2010

Memujuk hati yang rindu dendam..

Aku dah start keja since last week setelah bercuti lebih seminggu. Tapi hakikatnya badan jek kat tempat keja, hati masih kat tempat lain. Giler malas nak buat pape pon. Dengan slumber seminggu aku tak wat pape kat opis melainkan blogwalking sampai lenguh kaki =p. Nak apdate blog pon malesss!! Ni la parahnya kalo cuti lama-lama. Penyakit MMMMM tu melekat!!

Punca utama penyakit MMM..Aku masih tidak dapat melupakan semua ini...


Pape hal pon posing dulu..


READY TO ROCK!!!!


Kepala merah dalam air aku la tu.
Lepas gian snorkeling


Owhhh.. Sangat syok!


Kegembiraan mak budak dan bapak budak..


Ohh yaa.. Citer banyak-banyak lupa nak bagitau kat mana


Layan sunset
Jom balik.. Ilham tengah tunggu kat hotel..



And this is the most unforgettable moment for anniversary..



Tuesday, June 1, 2010

Tiada special dinner dan prezzie on our 2nd annversary.. Tetapi....

30 Mei lepas adalah ulang tahun kedua perkahwinan aku dan hubby. Semoga perkahwinan ini sentiasa dilempahi rezeki dan rahmat dari NYA. Aminnnnnn...

Our second anniversary berlalu macam tu ajer. Blehh ke terlupa????? Giler. Baru 2 tahun kawen bleh terlupa anniversary. Memalukan betol. Macam tahun lepas aku tak suka plan pape pon. Dalam paler jek nak buat itu ini. Tapi one week before the date baru lah terhegeh-hegeh booking itu ini. Yerrr.. i'm kinda las minute person. Hahahaha... =p

Faktor-faktor yang menjadi punca kitorang lupa-Weekend yang sebok dengan bermacam-macam majlis. Orang bertunang lah. Reunion lah. Mak bapak aku singgah rumah melepas rindu dendam nak tengok cucu. Penat tak yah citer la. (alasan..alasan..)

Anyway.. sib baik ada plan baekkk punya untuk mengganti keterlupaan untuk meraikan diri sendri+hubby dengan vacation yang sangat best next week. Dah balik dari vacation nanti baru citer yer.

Wednesday, May 26, 2010

Vaksin HPV untuk si gadis 13


Tahun lepas kerajaan telah meluluskan bajet sebanyak RM 150 juta untuk Program Pelalian (Vaksinasi) HPV. Banyak okeh..

Apa itu HPV?

HPV=Human Papiloma Virus. Virus ni lah yang menyebabkan kanser serviks yang telah menjangkiti 1500 wanita Malaysia setiap tahun. (Scary kan??) Kanser serviks merupakan kanser yang ketiga tertinggi yang menjangkiti wanita Malaysia selepas breast cancer dan colorectal cancer (kanser usus).

Peranan Vaksin HPV-mencegah kanser serviks.

Vaksin ni akan di cucuk di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan
Suntikan pertama: tarikh vaksin pertama yang dicucuk di sekolah
Suntikan kedua: 1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan ketiga: 6 bulan dari suntikan pertama

Vaksin dicucuk di lengan la. Yup.. saya dah mention kat atas. Tapi nak mention jugak lagik sebab ada kes sorang budak sekolah ni balik rumah citer kat mak dia cikgu cakap kena cucuk dekat pangkal rahim. WHattttttt???? Sib baik si mak tu nurse. So tau la ada cikgu-cikgu kat sekolah yang salah faham pasal benda ni. Haiihhhh...

Di Malaysia, kerajaan mengambil langkah mewujudkan progam Pelalian HPV bagi mengurangkan kos rawatan kanser serviks untuk 20 tahun akan datang. Rawatan kanser di Malaysia free of charge kalo spital government la. Kalo 20 tahun lagi tatau la FOC ke tak kan. Dan dah tentu 20 tahun lagi kos rawatan berganda-ganda dari sekarang. Jadi langkah pencegahan adalah yang terbaik.

Siapa yang terlibat dalam Program Pelalian HPV?

Untuk yang masih bersekolah-semua gadis yang berada di Tingkatan 1.Tak kisahlah umur dia masa Tingkatan 1 tu berapa tahun. Kalo umur 10 tahun dah masuk Tingkatan 1 bleh jek amek vaksin ni
Yang dah quit sekolah-semua gadis berumur 13 tahun
Gadis-gadis yang berada dalam gologan di atas perlu mendapat kebenaran dari ibubapa/penjaga sebelum cucuk yerr.. Gadis-gadis yang bersekolah mesti cikgu-cikgu korang dah citer pasal program ni. Ibubapa/penjaga tentu dah dapat borang consent untuk sign nak bagi ke tidak anak-anak korang cucuk vaksin ni.
Gadis-gadis yang tidak tergolong di dalam group di atas kalo nak cucuk gak kena pi private hospital/clinic lah yer.

Cendol paling sedap di alam semesta..

Dia suatu petang yang sangat panas lepas balik keje aku ajak hubby makan ABC or lai chi kang. Susah nak cari kedai makan yang jual ABC yang sedap gler kat Perlis ni. Kedai yang jual ABC pon bleh dibilang dengan jari tangan jek. After hubby calling-calling, ofismate dier suggest Fatin Corner. Walopn dah dekat 2 tahun duduk kat Perlis ni kitorang still tercari-cari kedai makan yang best area Kangar. Haihhhh...

Kat Kedai Fatin Corner

Waiter: Nak order apa bang?
Hubby: Ais kacang satu
Aku: Lai chi kang satu
Waiter: Sejak kedai ni buka ais kacang dengan lai chi kang kami tak pernah jual. Mesin buat ais kacang pon tak pernah ada. Kami jual cendol jek

Malu gler. Confident jek order. Nampak sangat new customer. Muahaha..
So, korang jangan jadi macam ni yer. Kalo pegi new restaurant minta menu. Kalo tak, jadi macam aku. Cendol kat Fatin Corner ni memang glamer la kat Perlis ni. Tapi dah dekat 2 tahun duduk sini baru terasa nak try. Apa daa.. Yess.. u all WAJIB try kalo datang Perlis. Cendol kat sini ada macam-macam jenis. Cendol pulut, cendol tapai, cendol laici and so on. Makanan berat pon ader jugak. Laksa, bihun sup dan nasik ayam.


Cendol laici yang perghhh..
Lemak, manis secukup rasa.


Laksa. Semangkuk RM 3.00 Besar mangkuk dier.
Dier letak sebijik telur. Kuah pekat gler. Puas hati btolsebab sedap!
Overdose protein aku hari tu sebab lunch dah bantai telur goreng sebijik


Bihun sup dier... Kureng sket. Sup tu rasa manis-manis masin.
Lidah aku tak bleh terima.

So..kalo datang Perlis jangan lupa singgah Fatin Corner. Pekena cendol dier. Nak lagi mabeles order cendol special. Fatin Corner ni dekat dengan Putra Palace Hotel Kangar. Kangar ni kecik jek. Mesti jumpa punya lah.

WORTH TO TRY..! =)

Monday, May 24, 2010

Movies yang harus layan... My Sassy Girl dan The Proposal (Harus jek.. bukan wajib)

Hujung minggu aku diisi dengan ini...

First movie.. MY SASSY GIRL


Yerr... Mesti ada yang fikir citer korea yang tu kan. Masa hubby suggest tengok My Sassy Girl apa aku cakap- sorry la bang. Citer bersiri ni malas sket. Mana nak tau ada english movie tajuk My Sassy Girl jugak.

AMARAN!!!!
Citer ni gler slow starting dier. Dah half way pon slow jugak. Rasa macam nak tutup jek tv. Was like sejak bler hubby aku ni tasteless!! Disebabkan aku seorang yang penyabar dan ilham pon tengah tido aku layan la jugak. Tengok-tengok deria rasa hubby aku ok lagik. =)

AMARAN!!!
Sediakan tisu kay unless korang kental gler. Aku ni species fragile. =p

Sedikit dialog movie ni yang menyentap aku cilok dari sini. Gambar kat atas pun aku cilok dari sini. Heheee

Whatever she was going through it was beyond anything in my experience and beyond my ability to fix. I had no right to judge her, if I chose to stay with her – knowing the risks – all I could do was give her love and respect, and see how the story would end…

Second movie.. THE PROPOSAL


Korang wajib tengok movie ni kalau:

1) Suker Sandra Bullock
2) Giler dengan genre romantic comedy

Kalo nak tengok kena cari DVD yer encik-encik dan puan-puan sekalian. Kalo pi cinema sah-sah kena gelak ngan orang jual tiket.

Tote Boutique Giveaway