Hari keempat tersadai di bilik menunggu hubby habis kursus, MHI dah jadi must watch programme aku kat Cameron Highlands ni.
Aku nak share sumthing yg useful. Pernah dengar AKPK??
Iklan AKPK ni selalu jek kuar kat tv. Tapi aku tak pernah amek pusing langsung sehinggalah aku tengok satu slot khas dalam MHI bercerita tentang AKPK. Dengan masa yang sangat banyak untuk surfing internet aku pon godek2 la pasal AKPK. Fyi, AKPK website ni ada dua version. Malay and English.
AKPK atau pun penuhnya Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit adalah satu agensi di bawah Bank Negara yang ditubuhkan pada April 2006 bagi menyediakan kaunseling kewangan dan pengurusan hutang kepada mana-mana individu secara percuma. Yupp..!!! Perkhidmatan yang diberikan adalah PERCUMA!!!!
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan Pengurusan Kredit. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan.
One more thing yang menarik yang aku jumpa di dalam web AKPK, diorang ada bagi tips tentang pengurusan kewangan. Antara artikel yang menarik:
1) Hidup Dengan Duit Yang Sedikit
2) Hubungan Anda Dengan Duit
Banyak lagi artikel menarik yang lain yang bleh korang baca di sini.
Till now.. happy reading!!
No comments:
Post a Comment