Ramai yang tertanya-tanya, bagus sangat ke produk Tasneem Naturel ni. Jom baca Tasneem Naturel Review.
Tuesday, December 11, 2018
Monday, December 10, 2018
Agen Tasneem Naturel Perlis
Haaa... Orang Perlis. tercari-cari Agen Tasneem Naturel Perlis ke tu?
Tak payah risau. Sue ada.
Sue biasanya COD balm Tasneem Naturel di area Giant Kangar. Senang jumpa customer kat situ. Parking senang. Boleh singgah shopping kat Giant jugak kan.
Tak payah malu tak payah segan. Contact je Sue kalau nak beli balm Tasneem Naturel.
Agen Tasneem Naturel Perlis paling sweet.. Eceeecee..
Klik je link bawah ni untuk Whatsapp Sue
No. Phone: 019-4548200
Email: su2609@gmail.com
Thursday, January 25, 2018
Ohemjiii.. Macam Ni Rupanya Feel Pakai Lip Matte Huda Beauty..!
Ada sekali tu, tahun lepas, Sue penah tulis kat FB Sue suka sangat Lip Matte Nyx shade Istanbul. Dalam post tu, Sue tanya jugak lipstick lain yang best. Sue bukan lah sejenis yang make up setiap hari. Bila rasa nak uplift mood baru Sue berbedak berlipstick bagai. Selalunya Sue pakai toner atau moisturizer je. Yerr.. Bedak pon tak pakai.
Monday, January 22, 2018
Cara Sapu Balm Tasneem Naturel
Bagi memastikan balmTasneem Naturel memberikan kesan yang positif, kena pastikan balm disapu dengan cara yang betul dan di tempat yang betul. Di bawah ni Sue share cara sapu balm Tasneem Naturel.
Sunday, January 21, 2018
Kandungan Balm Tasneem Naturel
Sebelum beli apa-apa produk Sue mesti make sure kandungan produk tu dulu. Mesti la nak tau kan apa lah yang dimasukkan dalam produk tu sampaikan berkesan sangat. Sama jugak la kesnya dengan balm Tasneem Naturel ni. Kena ambil tau kandungan balm Tasneem Naturel.
Saturday, January 20, 2018
Officially Agen Tasneem Naturel Yang Sah
Alhamdulillah.. Finally!
Lama jugak fikir ni nak sign up sebagai agen Tasneem Naturel ni. Memandangkan modal nak start sebagai agen ni rendah je, so Sue decide daftar je la.
Betul ke modal agen Tasneem Naturel rendah je? Tak caya?
Meh baca dulu kenapa Sue jadi agen Tasneem Naturel.

Saturday, April 12, 2014
Philips Perfectcare Steam Generator Iron - Seterika Philips Untuk Ibu-ibu yang Sibuk
Kerja-kerja meng'iron' baju adalah salah satu kerja rumah yang banyak mengambil masa saya dan yang paling saya tak suka. Terutama sekali bila kena iron seluar yang tebal yang susah nak hilang kedutannya. Berpeluh-peluh macam jogging 2km la kalau mengiron baju saya dan suami untuk 2-3 hari. Tapi biasanya kerja meng'iron' saya buat setiap hari. Nak pakai esok. hari ni baru iron.
Tuesday, October 1, 2013
Perkongsian Yang Bermakna..
Alhamdulillah. Dalam dok ketaq menunggu 28 September 2013 akhirnya berakhir juga. Aku dijemput oleh Lyna Noh mysuperkids.net untuk jadi presenter program Jom Hebat SP. Macam biasa la. Dalam apa-apa presentation pon, masa praktis cakap macam lain. Tapi yang keluar hari tu lain pulak. Hahaaa.. Padahal notes dah ada kat tangan. Tapi macam biasa la. Words dalam notes nampak berterabur sudah hari tu.
Monday, September 30, 2013
Pengalaman Bisnes Online
Aku tau ramai kat luar sana nak berbisnes tapi tatau nak buat bisnes apa. Ada juga dah decide nak buat bisnes online tapi tatau nak jual apa. Dah tau nak jual apa untuk bisnes online tapi tatau nak cari supplier kat mana. Dah dapat supplier tapi tak jumpa supplier yang boleh bagi murah.
Monday, September 16, 2013
DIA mendengar...
Cerita ni terjadi lebih kurang 2-3 bulan lepas. Lama dah. Tapi memang niat nak kongsi benda ni kat blog sebab may be boleh memberi manfaat kepada sesetengah orang.
Masalah ni berlaku kat ofis. Di mana ada satu produk yang lagi 2 bulan nak expired tapi stok menimbun. Lebih kurang 45 kotak kalau tak silap. Produk ni pon bukan murah. So bila dah lagi 2 bulan aku pon alert la bos nak buat macam mana. Awal tahun dah alert bos. Dia cakap nanti dia tanya mana-mana fasiliti yang memerlukan. Bila aku alert sekali lagi, bos cakap aku kena call mana-mana fasiliti yang boeh ambil produk tu. Aku kena clearkan hari tu jugak kata bos melalui sms dier.
Sunday, September 15, 2013
DIY: Klip Kertas
Klip kertas pon boleh jadi pelbagai kegunaan sekiranya kita kreatif. Klik 'read more' untuk tengok kegunaan lain lagi untuk klip kertas.
Memang begitukah?
Syukur Alhamdulillah...
Mak dan abah masih sihat dan kuat sehingga ke hari ini. Masih sihat untuk melakukan segala urusan sendiri. Masih sihat untuk masak untuk kami adik beradik dan tetamu setiap kali Raya. Masih sihat untuk melayan cucu-cucu. Masih sihat untuk ke masjid dan majlis-majlis ilmu. Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan kesihatan yang baik untuk mak dan abah.

Friday, September 13, 2013
Alhamdulillah... Aku Yang Baru
Entah kenapa tiba-tiba rasa nak hidupkan balik personal blog ni setelah lebih setahun terbiar tak update. Berhabuk, bersawang tak terkira dah ni. Tiba-tiba jugak rasa nak guna personal domain untuk blog ni. Semua rasa ni datang tiba-tiba.
Sunday, June 24, 2012
Sebuah kisah yang tulus
Sebuah pengkisahan dari seorang isteri. Ia kisah benar.
Aku mampu menghabiskannya tak sampai sehari! Harus kerja lain terbengkalai. Hehe..
"Boleh mak cik tahu apa hubungan awak dengan Roza?
"Maksud mak cik?"
Aku mampu menghabiskannya tak sampai sehari! Harus kerja lain terbengkalai. Hehe..
"Boleh mak cik tahu apa hubungan awak dengan Roza?
"Maksud mak cik?"
Friday, September 23, 2011
Makanan jiwa
Friday, March 11, 2011
Buat contest di blog - hanya nak naikkan trafik???
Bagi blogger yang buat duit melalui blogging, visitors ramai adalah antara perkara yang cukup penting. Or maybe PALING PENTING? Macam-macam cara yang boleh dibuat untuk naikkan trafik. Cara baik ada cara kurang baik pon ada. Tak payah aku nak cerita. Google sendri. Macam-macam tips ada. Terpulang kepada kita nak guna cara mana. Menganjurkan contest di blog adalah salah satu cara yang aku nampak agak berkesan (ataupun patut cakap cara yang sangat berkesan) untuk drive trafik ke blog. Kena plak ko bagi hadiah kaw-kaw kat peserta lagi la sonok orang nak join.
Sunday, March 6, 2011
Ipad for office work? Boleh replace PC/lappy ke??
Mommy Lyna Mysuperkids selalu sangat bercerita tentang Ipad. Well..I have to say that she's a good promoter! Nape tak nyer. Selepas aku baca entry ni (KLIK SINI) aku terus google betul ke Ipad sangat best. Giler pandai racun orang. Tak payah kering air liur. Thru writing jek okeh. Besides that aku nak share REVIEW NI. Sedikit membantu untuk orang yang tak bleh decide nak beli Iphone, Ipod Touch or Ipad. Review ni sangat bleh pakai sebab writer tulis base on her experienxe.
Dulu masa orang dok sebok bercerita pasal Ipad aku langsung tak amek port. Tapi lepas tengok Ipad 2 kat website Apple it makes me crazy!!! Did I mention that I knew bout Ipad 2 from Mysuperkid? Jangan blame aku atau rasa nyampah kalau korang rasa aku promote MSK too much. First, aku subscribe dengan MSK. So any new post dari MSK terus masuk email aku. Newspaper pon tak efficient macam MSK dalam mengupdate aku. (Aku jarang baca paper. Dats why =p). Sebab kedua korang kena tau semua ni aku buat sebab nak menang Ipad dari MSK. Read more bout this HERE, HERE and HERE.
Kelebihan ipad compare to notebook
1) Ringan. Ringan, Ringan!! Ok. Aku dah ulang 3 kali tu. Berat Ipad lebih kurang 600g. Kalau notebook aku sekarang lebih kurang 1.3kg. So bout 50% lighter! Ringan=portable!! Bleh masuk handbag ajer. Notebook bleh masuk handbag aku tapi berat beb. Bleh rosak handbag.
2) Laju. Satu lagi feature yang buat aku berkenan sangat. So far most people yang pakai Ipad mesti highlight kelebihan ni. Penting feature ni untuk multitasking. Sepanjang pengalaman aku menggunakan Iphone hubby, walaupon Iphone tu telah diinstall macam-macam tapi ianya tidak pernah mencacatkan perfomance Iphone tu. Kalau buka banyak applications pon still laju. Kalau notebook?? Nak booting pon makan masa. Lagi plak kalau buka banyak software dalam satu masa. Ipad 2 dikatakan lagi laju compare to Ipad. Sangat best untuk multitasking.
3) Aku sedikit musykil kalau guna Ipad untuk keje manaip. Bleh ke keyboard Ipad replace conventional keyboard? Jawapannya...
Source: Silicon.com
Untuk keje yang menggunakan microsoft word yang complex mungkin Ipad kurang sesuai. Tapi kat office kan dah ader PC. Nape nak pakai Ipad kan. Tengok gambar tu. Teknologi cover Ipad tu adalah satu lagi benda yang buat aku kagum. Bila kita tutup jek Smart Cover tu Ipad akan off automatically. Bila kita buka jek Smart Cover tu Ipad akan on automatically tanpa perlu kita tekan apa-apa button!!! Mudah kan.. Dan lagi. Smart Cover tu bukan sekadar cover. Aku tak payah explain korang tengok sendri gambar kat bawah ni. Damn cool!!
Source: Apple
Source: Apple
Source: Apple
4) Senang nak on/off. Untuk aktiviti browsing, googling, reading journals/newspaper, blogwalking, semasa menunggu customer, atau tunggu turn kat mana-mana, adalah sangat annoying untuk on lappy yang sangat la take time. Pastu nak connect broadband pulak kalau tempat tu tade wifi. Sebab tu la ramai orang pakai smartphone tak kira la Iphone or Android phone. Senang nak baca, check email on the go. TAPI, Saiz phone yang kecik merupakan masalah besar untuk aku. Aku tak rabun. Tapi kalau lama-lama baca especially baca journals yang tadek langsung gambar, penat giler mata. Macam dah baca 2-3jam walaupon baru baca 30minit. Kena plak nak tengok any tables or graphs lagi la annoying sebab asyik kena scroll. Bikin terbantut mood nak baca sampai habis. End up berFB. =p So, Ipad adalah the best solution untuk orang macam aku. Saiz dier macam notebook tapi lebih ringan. Yang penting senang nak on/off dan laju!!
So, ada berani nak angkat satu??? Mommy Lyna nak bagi free. Tak nak ke rebut peluang tu.
Aku nak Ipad free dari Mysuperkids!!!
Aku nak Ipad free dari Mysuperkids!!!
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
Tuesday, March 1, 2011
MOMBLOGGERSPLANET (MBP) VS MYSUPERKIDS (MSK)
Dah lama nak tulis entry dengan tajuk ni. Dapat ilham sejak terbaca satu entry Little Mama aka Kak Ros berkaitan Trial Pack Shaklee. Bila Mysuperkids buat contest IPad ni aku rasa masa yang sangat seswai nak publish entry nih. Sorry.. No backlinks untuk entry tu. Isu lama. November tahun lepas. So tak nak memarakkan kepanasan entry yang hot itu. Nak tau jugak tanya Mr. Google. *Smile*
1) Aku kenal Mombloggersplanet (MBP) dari blog Rozy. Ternampak badge MBP di blog rozy. Aku tau blog Rozy dari blog susuibu.com. Ok. Stop sampai situ. Dah macam nak cerita pasal sejarah plak kan. Aku kenal Mysuperkids thru MBP. Mommy Lyna (MSK founder) kerap bagi komen dan ada juga tulis artikel di MBP.
2) Kedua-dua blog ni diasaskan oleh full-time-working-mommy. MBP-Kak Ros aka Little Mama manakala MSK-MommyLyna. K.Ros akauntan ML plak engineer.
3) Both blog ada aura dan kelebihan tersendiri tersendiri. Benda ni aku akan cerita panjang lebar kat bawah.
4) Kedua-dua mereka sangat aktif menjana duit secara online. Termasuklah melalui blogging, online shop dan affiliate.
ADA APA DENGAN MBP
Sejak Little Mama publish entry pasal buat duit dengan Google Adsense (KLIK SINI), aku percaya ramai yang berangan nak buat duit dengan Adsense melalui blogging. (Termasuk aku la tu) Yer la. Blogger baru selalu nampak Nuffnang jek. Melalui MBP, Little Mama dah buktikan buat duit melalui Adsense bukan lah sesuatu yang mustahil untuk Malaysian blogger. Yer...kalau sebut pasal buat duit malalui blogging ada banyak lagi blog yang gah kat luar sana. Apa yang buat aku bleh stick kat MBP, ia adalah tempat yang sesuai untuk beginner blogger especially mommies. Yer la. Yang tulis artikel tu mak. Keje full time plak tu. Seorang mak mestilah faham kehendak mak-mak kat dunia ni. So alasan saya-sebok-dengan-keje-opis-dan-family-so-tak boleh-buat itu-ini tak releven okeh. Korang pi jalan-jalan kat MBP tengok blog mommies yang lepak kat situ then korang paham la apa yang aku nak bagi tau ni. Korang baru lagi dalam blogging? Tak paham apa yang aku citer? Meh nak story.
MBP adalah tempat lepak blogger mak-mak ni. Sekarang bapak-bapak pon dah ramai yang lepak kat MBP. Dari situ aku kenal mak-mak dengan pelbagai background. Masa tu baru aku sedar betapa aku banyak merungut pasal kehidupan aku. Kononnya-penatnya jadi full-time-working-mom!!!! Tak de masa nak buat itu ini lah. Dan macam-macam alasan yang mengada-ngada yang lain. Bila aku jenguk blog mak-mak yang lepak kat MBP baru lah aku sedar ramai giler supermom kat luar sana. Yang keje hebat-hebat tapi still bleh buat macam-macam. Macam-macam tu termasuklah buat bisnes online, bisnes menjahit, sambung belajar tinggi-tinggi walaupon anak kecik lagik, bisnes photography, homeschooling, fully breastfeeding. Okeh dah tak larat nak list out. Kagum aku tengok diorang guna masa 24jam diorang tu. Memang salute lah! So aku dah kurang merungut dan mula discuss dengan hubby tentang plan kitorang untuk future. Iyer... aku meracun hubby dengan semua yang aku dapat dari blog. Racun yang baik. Kalau dulu kitorang mungkin selesa dengan apa yang ada dan tak langsung berfikir untuk menjadikan life kitorang lebih dari tu. Kalau tak de MBP tak la aku kenal ramai mommies yang hebat kat luar nun.
APA YANG AKU NAK DARI MBP
1) Sejak MBP mempunyai penulis-penulis undangan, blog tu aku rasa semakin kurang ummpphh. Walaupun artikel-artikel yang diorang tulis sangat bagus dan very the very informative, tapi artikel oleh Little Mama bagi aku tetap ada kelebihan yang tersendiri. So, kena jenguk Little Mama kat littlemamadiary. Tapi littlemamadiary lebih kepada personal life Kak Ros. So, aku harap Kak Ros banyakkan jugak sentuhan dia di MBP walaupon dah ramai penulis-penulis lain.
2) Buat contest bulanan macam dulu. Ni salah satu tarikan MBP yang aku kira blog lain tak buat. Contest bulanan dengan macam-macam tema. Meriah betol MBP masa tu. Hadiah pon lumayan babe. Walopun aku tak pernah menang tapi seronok jek tengok meriah-meriah macam tu. Walopon berlambak-lambak contest orang dok buat kat blog tapi tetap tak sama macam yang MBP buat.
3) Banyakkan artikel berkaitan tips-tips blogging. Blogger mommies yang baru semakin ramai. Masa aku awal-awal start blogging aku godek-godek MBP nak cari info. Banyak artikel best dan tips memang sangat membantu sebab Little Mama pandai buat penerangan dalam artikel dia step by step. Tapi ada artikel yang patut ada sambungan tapi tak de plak. Frust btol. Bikin terbantut excitement tu. Hihiiii..
ADA APA DENGAN MSK
Aku tak pernah berminat dengan pelaburan. bagi aku pelaburan adalah sesuatu yang sangat complicated. Aku hanya kenal ASB, Tabung Haji dan ASW. Unit trust, pelaburan emas, pelaburan hartanah, saham adalah benda yang mesra telinga tapi kenal nama je la. Tak berminat nak kenal lebih-lebih. Apabila pertama kali baca artikel Mommy Lyna berkaitan pelaburan (malangnya aku tak ingat 1st entry yang aku baca kat MSK berkaitan pelaburan) aku mula jatuh hati dengan pelaburan. Bila masuk MPH or Popular aku dah mula jenguk rak buku yang berkaitan dengan pelaburan. Dulu pandang pon tidak ko. Mula-mula mesti jenguk. Pastu boronglah. Masa jenguk tu tatau nak pilih buku yang mana satu. Tatau yang mana satu paling bagus. Bila keep on reading artikel Mommy Lyna berkaitan pelaburan, aku mula take note few things. So on January 2011 for the first time aku borong buku berkaitan pelaburan. Dan semestinya antaranya ada buku Azizi Ali dan 1 buku pasal Warren Buffet. Borong 6 buku sekaligus. Nahhhh.. amek kau!
Dan yang bestnya. Apa yang aku baca kat MSK pasal pelaburan aku share dengan hubby. Hubby pon bukan tau pasal investment nih. Bila slalu dok cerita lama-lama dia pon melekat dan berminat pasal investment. Masa kat Popular tu dia pon sakan pilih sama buku pasal investment yang dia berkenan. Kalau dulu dok nampak ASB jek nak simpan duit sekarang dah nampak peluang-peluang lain yang banyak kat luar sana. Selain dari tu, aku kagum sangat dengan ML sebab gigih btol. Dah la ada 2 orang anak, laki dua-dua, laki kan hyperactive sket. Aku ada sorang pon lelah beb. Dengan dok sarat mengandung sorang lagi bleh buat macam-macam lagi. Dah la keja engineer gaji dah lebat, ada plak lagi bisnes di Wisma Bling Lustre. Tak cukup dengan tu bisnes Shaklee lagi. Kudrat dia memang dasyat. So aku malu nak merungut lebih-lebih kalau tingat dia. Aku dan hubby pon mula berangan nak buka bisnes sendri untuk tambah side income. Asalnya kami berdua dah puas hati dengan apa yang ada. (Selalunya tak puas hati tapi merungut je tak buat pape action) Sekarang kami berdua nak memaksimumkan masa 24jam kami dengan sebaik-baiknya. Cewahhh.. Aku berani berangan dan plan jek. Bila nak amek next step takut betul bila pikir macam-macam risk. Akhirnya hubby aku yang amek step start FrenskedahPhotogpraphy secara official pada Oktober 2010. Kalau harap bini dia ni dok macam tu la takut itu ini. Pikir banyak sangat. Laki aku tak reti nak set up blog so aku lah orang di belakang tabir website FrenskedahPhotography merangkap second photographer. Aktiviti yang asalnya hanyalah hobby bertukar menjadi bisnes. Thanx to Kak Ros dan Mommy Lyna. yang menjana inspirasi untuk aku berbisnes.
APA YANG AKU NAK DARI MSK
1) Aku harap Mommy Lyna banyakkan lagi artikel pasal investment. I'm really in love with investment now. Walaupon blom try lagi tips-tips yang ada tapi makin seronok baca anything bout investment.
2) Kembangkan Bling Lustre ke utara. Ajak Watie GBOB jugak. So tak de lah aku jeles jek tangok orang lain dapat join aktiviti yang korang buat kat sana. KL dekat jek. Tapi minyak dengan tol mahal sekarang. Murah lagi fees yang korang charge. Duit minyak dengan tol bleh guna untuk join aktiviti korang 3-4 kali. Di utara tak de lagi orang orang buat aktiviti macam tu. Kalau ada pon aku jamin tak de yang family friendly yang bleh usung anak bagai. Yang ada semua berkaitan breastfeeding dan babywearing. Aktiviti yang guide mak-mak menjana income dan audience dier mak-mak jer aku tak jupe lagi. Kalau ada sila bagitau.
3) Teruskan gaya pnulisan sedia ada. Simple, funny, relax walaupon topik berat.
SO, APA YANG AKU NAK DARI SEMUA BLOGGER (TERMASUK DIRI SENDIRI)
1) Tulislah sesuatu yang bermanfaat. Btol..blog kita caca merba. Dalam tu la pasal family dalam tu la kita lepas geram, dalam tu la kita dok merapu merepek. Tapi sekali sekala tulislah sesuatu yang informative. Aku sangat positif semua blogger ada kemahiran masing-masing walaupon kejenya hanyalah surirumah. Ada jugak blogger setiap hari Jumaat tulis sesuatu untuk pengisian jiwa. Bagus jugak tu. Tapi kita tak perlu terikat pada hari Jumaat jek pon. Yer la. Sebagai orang Islam kita kena selalu muhasabah diri kan. Jangan bagi perut jek makan. Jiwa kon kena bagi makan jugak.
2) Jujurlah dalam penulisan. Copy n paste tak salah pon. Tapi jangan lupa la bagi kredit kat owner asal artikel tu. Ini tak. Melambung-lambung la orang puji artikel tapi hakikatnya bukan kita yang tulis pon. So end up syok sendri sampai bila-bila. Hakikatnya tak kemana pon.
3) Buat duit banyak-banyak melalui blogging TAPI pastikan cara betul. Janganlah lah kerana nak cepat dapat income langsung jadi "matlamat menghalalkan cara". Ingat sikit. Tak berkat wehhh. Lagi plak kalau guna duit tu beli makan untuk anak bini. Langsung jadi darah daging. Kalau anak bini tak dengar cakap sendri mau ingat sebab apa
.
Wahai blogger sekalian..
Kita tatau sejauh mana artikel kita dapat mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu.
Kita juga takkan sangka sejauh mana artikel kita dapat mengubah paradigma sesesorang.
Kita juga takkan sangka melalui artikel kita, kita dapat menjana inspirasi seseorang.
Korang tak bangga ke kalau sebab artikel korang, korang berjaya mengubah seorang stay-at-home-mother jadi working-at-home-mother.
Korang tak bangga ke sebab artikel korang, korang berjaya ubah seorang pompuan/laki yang tangan kayu jadi kreatif.
Korang tak bangga ker sebab artikel korang, si isteri yang nak masak megi pon tak reti tiba-tiba reti masak rendang tok. Laki pon sayang berganda-ganda sebab bini dah pandai masak rendang tok.
Berhari-hari nak siapkan entry ni. Penat.. Aku harap entry ni beri korang sesuatu yang positif untuk difikirkan.

Tuesday, January 25, 2011
BENGANG dengan servis CIMB BANK
Aku dah try cari kat website CIMB ruang/form untuk buat complaint. Konon-konon nak guna saluran yang betul la untuk buat complaint. Malangnya tak de. Dan akhirnya blog adalah tempat paling cun nak tulis segala mak nenek yang tak puas hati tu. (Ye la tu sue oiii. Bukan dari awal memang ko nak tulis pasal ni kat blog ker?? =p)
18 Disember 2010
Aku amek duit kat ATM machine CIMB kat Megamall Penang, Prai. Tak pasal-pasal ATM kad aku kena telan. Salah nombor pin?? Absolutely not. Sebab lepas masukkan nombor pin aku berjaya masukkan amount duit yang aku nak keluarkan. Terus aku call CIMB call center untuk report pasal benda ni. Girl dari call center CIMB tu tanya la kat mana aku nak amek ATM kad aku nanti. Dan aku mention CIMB Kuala Perlis. Budak tu cakap aku akan dapat kad aku tu dalam masa seminggu. Malangnya aku lupa nama budak pompuan CIMB call center yang amek report aku tu
Seminggu berlalu. Dan aku pon pi CIMB Kuala Perlis. Orang CIMB Kola Perlis gitau tak sampai lagi. Minggu kedua aku pi lagi. Still tak sampai lagi. Orang CIMB Kola Perlis tu minta aku call balik call center tanya pasal kad aku tu diorang hantar pi mana.
3 Januari 2011
Aku call CIMB call center. One man nama Khairul yang pick up. Aku pon story mori la pasal hal ni dan apa yang dia jawab--> benda ni prosedur. Memang kena tunggu jek kad ATM tu sampai. Dia tak bleh nak buat apa. Lenkali sebelum pegi CIMB Kola Perlis tu call dulu tanya kad dah sampai ke blom. Jangan pegi terus. (Dia bagi no CIMB Kola Perlis). Kalau nak cepat terminate jek kad ATM tu dan buat kad baru RM12 jek.
Bengong! Aku nak tau kad aku kat mana la bro. Takkan dari Penang ke Perlis lebih 2 minggu pon tak sampai-sampai lagi kad aku tu. Tak efficient sangat ker Pos Malaysia. Malas nak bertekak dengan mamat yang macam pompuan tengah PMS tu aku pon letak tepon dan call balik CIMB call center. Luckily orang lain plak yang pick up the phone. Aku pon stori mori kat Zawiyah ni. Dia kata akan check status complaint aku dan akan call aku balik. OK. At least ada somebody yang tak PMS kat call center tu.
1.00pm
Aku pi CIMB Kola Perlis nak amek duit. Sudah pasti dan kompem la aku kena kuarkan duit guna buku. Bapak punya ramai orang. Lupa plak dividen ASB dah masuk. Sebab tu ramai orang. Blah cenggitu jek.
3.56pm
Zawiyah call. Dia cakap kad ATM machine Prangin Mall tu bawah CIMB Bank Jalan Baru Penang. Dia suh aku call CIMB ni untuk tanya pasal ATM kad aku tu. Lerr...pesal aku kena call. Ko kan CIMB Customer Service. Hampeh. Last-last dengan redha aku call sendri CIMB Jalan Baru sebab bila pikir balik orang call center macam tak bleh harap jek selepas berlakunya peristiwa 18 Dec 2010 tu.
4.13pm
Aku call CIMB Jalan Baru. Diorang cakap kad tu diorang dah pos ke CIMB Bayan Baru tempat aku buka akaun dulu.
4.17pm
Aku call CIMB Bayan Baru. Kad aku memang ada kat situ. Aku minta dat lady hantar ke CIMB Kola Perlis. Dia cakap dia tak incharge benda ni. Dia suh aku cakap dengan Izwan or Izani. Aku dapat cakap dengan Izwan tu. Dia minta nama & no I/C. Si Izwan tu kata kad tu akan sampai dalam masa 1 hari jek kat CIMB Kola Perlis. Wahhh...giler efficient.
5 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Kad aku still tak sampai lagi.
7 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Line asyik busy. So aku terus pi sana. Aku cakap dengan one person nama Jamal. Dia kata tak sampai lagi. Dengan tone suara yang agak tinggi sket jek aku kata "So saya kena call Encik Izwan lagi la ek???" (Izwan yang CIMB Bayan Baru yang uruskan ATM kad aku untuk di pos ke Kola Perlis). Encik Jamal tu terus cakap. Eh...tak pa..tak pa. Dia yang akan call Izwan. Kalau kad tu sampai nanti dia call aku. Dalam hati aku panas tak terkata. Sabarrrrr....
1.30pm
Perkara paling sadis dalam hidup. Notes tak cukup nak bayar duit makan. Terpaksa top up dengan coins dekat 2 hinggit. Malu tak terkira masa tu. Padahal sebelum kuar dari kete dah kira betol-betol notes tu. Amek lauk pon ngam-ngam jek. Punya nak jadi cerita tak cukup jugak. Dalam hati menyumpah sakan semua orang CIMB. Wakakaakaa...
10 Januari 2011
Aku pi CIMB Kola Perlis sebab nak amek duit. Yer..kena guna buku. Tunggu..tunggu.. dan tunggu sebab orang ramai. Yer la. Dividen ASB dah masuk ramai ler orang kat bank. Lepas amek duit aku plan nak jupe En Jamal. Melalui Cik Yushina front desk, katanya En Jamal sebok kira duit. Tak bleh tinggal keje tu. Dia minta aku tunggu. Ok fine. Selepas 10-15 minit still tak show up aku cakap kat Cik Yushina aku nak blah. Cik Yushina minta aku tunggu sat. Dia panggil En Jamal lagi thru phone. Kat belakang kaunter CIMB aku nampak En Jamal terjenguk-jenguk. Still tak keluar jugak jupe aku. Thru Cik Yushina, En Jamal kata aku kena tunggu kad ATM tu sampai dari CIMB Bayan Baru. Tunggu lagi?? Sakit hati tak terkata. Macam nak mengamuk jek kat situ. Tapi memandangkan tak nak nampak buruk perangai aku blah cenggitu jek. Yerr...aku pernah tengok orang mengamuk kat kaunter. Giler hodoh. Aku tak nak jadi macam orang tu. Hahaahaa.. Sempat lagi sue??
3.28pm
Aku call Izwan CIMB Bayan Baru nak tanya dia dah pos kad aku ke blom. Dia minta No i/c (AGAIN!!) Dia cakap bukan dia yang incharge benda ni. Tapi Izani. Selama ni dia tolong jek. (Plak dah???) Then aku minta dia pass call kat Izani. Line busy. Dia kata dia akan inform Izani. Ahhhhh...sangat menyampahkan la si Izwan ni. Sabar lagi.
11 Januari 2011
9.56am
Izwan CIMB Bayan Baru call aku. Dia kata pagi ni juga dia akan hantar kad aku. Lusa confirm sampai. (Lerrrr...selama ni yang ko kata ko da pos tu ko pos menatang aper????) Aku malas nak mengamuk sebab kalau aku mengamuk bleh spoil mood aku the whole day.
13 Januari 2011
Aku hantar salinan akaun Maybank kat admin. Nak tukar gaji masuk Maybank. Cukup-cukuplah dengan CIMB. Akak tu cakap gaji bulan 1 dan 2 dah siap. Bulan 3 baru bleh start gaji masuk Maybank. Aku no hal. Janji tak payah masuk CIMB dah. Enuff is enuff..
14 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. ATM kad still blom sampai. Sepatutnya kalau ikut janji
Jawapan sengal macam ni aku tak bleh terima. Aku dah dengar jawapan ni 3 Jan lepas. Ko nak ulang lagi. Kalau public sector fine! Sebab kita dah sangat sedia maklum banyak karenah birokrasi. Tapi yang ni CIMB Bank okeh. Bukan Bank of Kampung Pisang yang customer sumer zombie!!! Aku cakap aku tak kan bayar sebab masalah kad aku tak sampai-sampai disebabkan CIMB staf yang tak efficient. Nape aku mesti bayar. Pastu dia cakap aku kena cakap sendri dengan Branch Manager CIMB Bank yang aku nak buat kad baru tu sama ada aku bleh dapat exception ke tak. Aku minta ID Staf si Rizal ni. Sebab kalau aku jupe Branch Manager CIMB Kola Perlis aku bleh bagi ID Si Rizal ni. Korang rasa Rizal ni bagi tak ID dier?? Yer..tepat sekali. Rizal ni tak nak bagi. Dia terus cakap kat aku yang dia akan pass call aku tu kat Zawiyah. Mampus dia nyesal giler sebab gatal nak tolong settle prob aku kununnya. Punya la lambat tunggu Zawiyah tu pick up aku pon terus letak tepon.
17 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Kad aku dah sampai. Lunch hour aku pi amek. En Jamal cakap baru sangat sampai. Tengah panas lagi. Aku tanya juga berapa hari biasanya kalau pos berdaftar nih nak sampai. Dia cakap 1 hari jek kalau dari Penang. See..... Aku dah agak. Izwan hampeh tu yang lembap, slow, bengong ^&*&@^67GIUYYYURRFHJY$$#%$$%$%$...
So..conclusion:
1) CIMB Call Center memang out la service diorang. Aku tak sure diorang record ke tak conversation semua customer dengan staff diorang. Sebab Khairul yang aku call pada 3 Januari 2011 kurang ajar siot!
2) Diorang patut check balik SOP CIMB call center. Macam tak reti nak trace back complaint aku. Ke memang diorang tak record complaint aku. Sib baik aku tulis semua benda dalam aku nyer organizer. (Tapi ada jugak 2-3 nama yang terlibat aku lupa sebab tengah angin satu badan) 18 December aku tak record nama pompuan call center tu sebab aku kat shopping mall. Dats y aku lupa nama dia.
3) Bebudak call center tolong la jangan bagi alasan procedure..procedure..procedure. Kalau memang SOP kena jawab macam tu tolong la revise balik SOP tu. Sangat annoying ok.
4) Laki aku cakap aku sabar sangat dengan diorang ni. Bleh tunggu sebulan baru nak ngamuk. Yer...aku paham la keje korang sebab aku pon keje yang kena jupe orang hari-hari. Keje yang provide service kepada orang lain. Hari-hari jupe customer. Tapi keje aku bukan cari untung macam bank. Fine. CIMB cuma hilang 1 customer iaitu aku yang tak buat duit banyak dengan korang. Lagipun kredibiliti dan reputasi korang tak kan terjejas dengan complaint sengkek aku ni kan.
Selepas publish post ni aku terus buat back up untuk blog ni. Risau ada tangan-tangan hantu yang akan spam, hack, block, etc blog aku lepas aku publish entry ni. Yer...suka hati nak kata paranoid ke or perasan-blog-bagus-sangat-sampai-ada-orang-nak-hack. Hakikatnya blog yang tak glamer mana ni pernah di hack oleh hantu mana tah. READ THIS.
Monday, January 24, 2011
Sekitar majlis perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha
Seperti satu Malaysia tahu Ayu Raudhah dah selamat jadi bini Zaquan Adha yang bapak ensem tu. Mari layan gambar wedding diorang
Credit to Asmady Ahmad
Macam ada yang tak kena jek fesyen baju ni
Air mata jantan Zaquan Adha
Duduk atas lantai je bang??
Paparazi yang terlibat
Cantik.. =)
Si jelita rupawan Rozita Che Wan
Dah macam pengantin plak aku nengok dia
Buat per tu bro??
Sukanya dia..
Perempuan di luar sana, he's mine ok!!
Mazlan pet pet pon ader
Peminat drama melayu mesti kenal pompuan ni..
Credit to Asmady Ahmad
Subscribe to:
Posts (Atom)