Aku dah try cari kat website CIMB ruang/form untuk buat complaint. Konon-konon nak guna saluran yang betul la untuk buat complaint. Malangnya tak de. Dan akhirnya blog adalah tempat paling cun nak tulis segala mak nenek yang tak puas hati tu. (Ye la tu sue oiii. Bukan dari awal memang ko nak tulis pasal ni kat blog ker?? =p)
18 Disember 2010
Aku amek duit kat ATM machine CIMB kat Megamall Penang, Prai. Tak pasal-pasal ATM kad aku kena telan. Salah nombor pin?? Absolutely not. Sebab lepas masukkan nombor pin aku berjaya masukkan amount duit yang aku nak keluarkan. Terus aku call CIMB call center untuk report pasal benda ni. Girl dari call center CIMB tu tanya la kat mana aku nak amek ATM kad aku nanti. Dan aku mention CIMB Kuala Perlis. Budak tu cakap aku akan dapat kad aku tu dalam masa seminggu. Malangnya aku lupa nama budak pompuan CIMB call center yang amek report aku tu
Seminggu berlalu. Dan aku pon pi CIMB Kuala Perlis. Orang CIMB Kola Perlis gitau tak sampai lagi. Minggu kedua aku pi lagi. Still tak sampai lagi. Orang CIMB Kola Perlis tu minta aku call balik call center tanya pasal kad aku tu diorang hantar pi mana.
3 Januari 2011
Aku call CIMB call center. One man nama Khairul yang pick up. Aku pon story mori la pasal hal ni dan apa yang dia jawab--> benda ni prosedur. Memang kena tunggu jek kad ATM tu sampai. Dia tak bleh nak buat apa. Lenkali sebelum pegi CIMB Kola Perlis tu call dulu tanya kad dah sampai ke blom. Jangan pegi terus. (Dia bagi no CIMB Kola Perlis). Kalau nak cepat terminate jek kad ATM tu dan buat kad baru RM12 jek.
Bengong! Aku nak tau kad aku kat mana la bro. Takkan dari Penang ke Perlis lebih 2 minggu pon tak sampai-sampai lagi kad aku tu. Tak efficient sangat ker Pos Malaysia. Malas nak bertekak dengan mamat yang macam pompuan tengah PMS tu aku pon letak tepon dan call balik CIMB call center. Luckily orang lain plak yang pick up the phone. Aku pon stori mori kat Zawiyah ni. Dia kata akan check status complaint aku dan akan call aku balik. OK. At least ada somebody yang tak PMS kat call center tu.
1.00pm
Aku pi CIMB Kola Perlis nak amek duit. Sudah pasti dan kompem la aku kena kuarkan duit guna buku. Bapak punya ramai orang. Lupa plak dividen ASB dah masuk. Sebab tu ramai orang. Blah cenggitu jek.
3.56pm
Zawiyah call. Dia cakap kad ATM machine Prangin Mall tu bawah CIMB Bank Jalan Baru Penang. Dia suh aku call CIMB ni untuk tanya pasal ATM kad aku tu. Lerr...pesal aku kena call. Ko kan CIMB Customer Service. Hampeh. Last-last dengan redha aku call sendri CIMB Jalan Baru sebab bila pikir balik orang call center macam tak bleh harap jek selepas berlakunya peristiwa 18 Dec 2010 tu.
4.13pm
Aku call CIMB Jalan Baru. Diorang cakap kad tu diorang dah pos ke CIMB Bayan Baru tempat aku buka akaun dulu.
4.17pm
Aku call CIMB Bayan Baru. Kad aku memang ada kat situ. Aku minta dat lady hantar ke CIMB Kola Perlis. Dia cakap dia tak incharge benda ni. Dia suh aku cakap dengan Izwan or Izani. Aku dapat cakap dengan Izwan tu. Dia minta nama & no I/C. Si Izwan tu kata kad tu akan sampai dalam masa 1 hari jek kat CIMB Kola Perlis. Wahhh...giler efficient.
5 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Kad aku still tak sampai lagi.
7 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Line asyik busy. So aku terus pi sana. Aku cakap dengan one person nama Jamal. Dia kata tak sampai lagi. Dengan tone suara yang agak tinggi sket jek aku kata "So saya kena call Encik Izwan lagi la ek???" (Izwan yang CIMB Bayan Baru yang uruskan ATM kad aku untuk di pos ke Kola Perlis). Encik Jamal tu terus cakap. Eh...tak pa..tak pa. Dia yang akan call Izwan. Kalau kad tu sampai nanti dia call aku. Dalam hati aku panas tak terkata. Sabarrrrr....
1.30pm
Perkara paling sadis dalam hidup. Notes tak cukup nak bayar duit makan. Terpaksa top up dengan coins dekat 2 hinggit. Malu tak terkira masa tu. Padahal sebelum kuar dari kete dah kira betol-betol notes tu. Amek lauk pon ngam-ngam jek. Punya nak jadi cerita tak cukup jugak. Dalam hati menyumpah sakan semua orang CIMB. Wakakaakaa...
10 Januari 2011
Aku pi CIMB Kola Perlis sebab nak amek duit. Yer..kena guna buku. Tunggu..tunggu.. dan tunggu sebab orang ramai. Yer la. Dividen ASB dah masuk ramai ler orang kat bank. Lepas amek duit aku plan nak jupe En Jamal. Melalui Cik Yushina front desk, katanya En Jamal sebok kira duit. Tak bleh tinggal keje tu. Dia minta aku tunggu. Ok fine. Selepas 10-15 minit still tak show up aku cakap kat Cik Yushina aku nak blah. Cik Yushina minta aku tunggu sat. Dia panggil En Jamal lagi thru phone. Kat belakang kaunter CIMB aku nampak En Jamal terjenguk-jenguk. Still tak keluar jugak jupe aku. Thru Cik Yushina, En Jamal kata aku kena tunggu kad ATM tu sampai dari CIMB Bayan Baru. Tunggu lagi?? Sakit hati tak terkata. Macam nak mengamuk jek kat situ. Tapi memandangkan tak nak nampak buruk perangai aku blah cenggitu jek. Yerr...aku pernah tengok orang mengamuk kat kaunter. Giler hodoh. Aku tak nak jadi macam orang tu. Hahaahaa.. Sempat lagi sue??
3.28pm
Aku call Izwan CIMB Bayan Baru nak tanya dia dah pos kad aku ke blom. Dia minta No i/c (AGAIN!!) Dia cakap bukan dia yang incharge benda ni. Tapi Izani. Selama ni dia tolong jek. (Plak dah???) Then aku minta dia pass call kat Izani. Line busy. Dia kata dia akan inform Izani. Ahhhhh...sangat menyampahkan la si Izwan ni. Sabar lagi.
11 Januari 2011
9.56am
Izwan CIMB Bayan Baru call aku. Dia kata pagi ni juga dia akan hantar kad aku. Lusa confirm sampai. (Lerrrr...selama ni yang ko kata ko da pos tu ko pos menatang aper????) Aku malas nak mengamuk sebab kalau aku mengamuk bleh spoil mood aku the whole day.
13 Januari 2011
Aku hantar salinan akaun Maybank kat admin. Nak tukar gaji masuk Maybank. Cukup-cukuplah dengan CIMB. Akak tu cakap gaji bulan 1 dan 2 dah siap. Bulan 3 baru bleh start gaji masuk Maybank. Aku no hal. Janji tak payah masuk CIMB dah. Enuff is enuff..
14 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. ATM kad still blom sampai. Sepatutnya kalau ikut janji
Jawapan sengal macam ni aku tak bleh terima. Aku dah dengar jawapan ni 3 Jan lepas. Ko nak ulang lagi. Kalau public sector fine! Sebab kita dah sangat sedia maklum banyak karenah birokrasi. Tapi yang ni CIMB Bank okeh. Bukan Bank of Kampung Pisang yang customer sumer zombie!!! Aku cakap aku tak kan bayar sebab masalah kad aku tak sampai-sampai disebabkan CIMB staf yang tak efficient. Nape aku mesti bayar. Pastu dia cakap aku kena cakap sendri dengan Branch Manager CIMB Bank yang aku nak buat kad baru tu sama ada aku bleh dapat exception ke tak. Aku minta ID Staf si Rizal ni. Sebab kalau aku jupe Branch Manager CIMB Kola Perlis aku bleh bagi ID Si Rizal ni. Korang rasa Rizal ni bagi tak ID dier?? Yer..tepat sekali. Rizal ni tak nak bagi. Dia terus cakap kat aku yang dia akan pass call aku tu kat Zawiyah. Mampus dia nyesal giler sebab gatal nak tolong settle prob aku kununnya. Punya la lambat tunggu Zawiyah tu pick up aku pon terus letak tepon.
17 Januari 2011
Aku call CIMB Kola Perlis. Kad aku dah sampai. Lunch hour aku pi amek. En Jamal cakap baru sangat sampai. Tengah panas lagi. Aku tanya juga berapa hari biasanya kalau pos berdaftar nih nak sampai. Dia cakap 1 hari jek kalau dari Penang. See..... Aku dah agak. Izwan hampeh tu yang lembap, slow, bengong ^&*&@^67GIUYYYURRFHJY$$#%$$%$%$...
So..conclusion:
1) CIMB Call Center memang out la service diorang. Aku tak sure diorang record ke tak conversation semua customer dengan staff diorang. Sebab Khairul yang aku call pada 3 Januari 2011 kurang ajar siot!
2) Diorang patut check balik SOP CIMB call center. Macam tak reti nak trace back complaint aku. Ke memang diorang tak record complaint aku. Sib baik aku tulis semua benda dalam aku nyer organizer. (Tapi ada jugak 2-3 nama yang terlibat aku lupa sebab tengah angin satu badan) 18 December aku tak record nama pompuan call center tu sebab aku kat shopping mall. Dats y aku lupa nama dia.
3) Bebudak call center tolong la jangan bagi alasan procedure..procedure..procedure. Kalau memang SOP kena jawab macam tu tolong la revise balik SOP tu. Sangat annoying ok.
4) Laki aku cakap aku sabar sangat dengan diorang ni. Bleh tunggu sebulan baru nak ngamuk. Yer...aku paham la keje korang sebab aku pon keje yang kena jupe orang hari-hari. Keje yang provide service kepada orang lain. Hari-hari jupe customer. Tapi keje aku bukan cari untung macam bank. Fine. CIMB cuma hilang 1 customer iaitu aku yang tak buat duit banyak dengan korang. Lagipun kredibiliti dan reputasi korang tak kan terjejas dengan complaint sengkek aku ni kan.
Selepas publish post ni aku terus buat back up untuk blog ni. Risau ada tangan-tangan hantu yang akan spam, hack, block, etc blog aku lepas aku publish entry ni. Yer...suka hati nak kata paranoid ke or perasan-blog-bagus-sangat-sampai-ada-orang-nak-hack. Hakikatnya blog yang tak glamer mana ni pernah di hack oleh hantu mana tah. READ THIS.