Back dated entry.
Last weekend hubby call dari KL bertanyakan tentang sesuatu. Owhh..aku kena tinggal kat rumah mak sementelah hubby attend wedding kawan dier weekend lepas. (Sementelah?? btol ke ada word cani?) Hubby tanya nak tak PS2. I was like.. Haaa?? Mimpi apa laki aku nih. Main game jauh skali tiba-tiba nak beli PS2 plak.
Betol. Laki aku tak suka men game. Awal2 dulu masa tau pasal ketidaksukaan dia ni aku macam pelik la jugak. Tak penah lagi jupe laki yang tak suka men game. Tak kiralah game kat internet ke @ PS2 or apa2 je. Yang dia suka futsal ajer. =p
Back to story. Hubby tanya ok tak kalo dia beli PS2 as a gift untuk our 2nd Wedding Anniversary. Ayat umpan hubby yang paling tak tahan- Sayang kan suka men game. Aku yang agak gila juga ngan game terus cakap OK!! But after borak2 kuar la citer sebenar. Actually, hubby men PS2 kat umah kawan dier. Men game bola. Lepas men terus tangkap cintan ngan PS2. Sib baik tangkap cintan ngan PS2. Ooookk..baru faham maksud di sebalik ayat umpan nak beli sangat2 tu. Kat hubby aku pesan jangan jadi tukun tiruan plak PS2 tu nanti. Yer la. Awal2 jek suka men game bola tu. Aku request minta hubby belikan dancing pad jugak. End up hubby pon pesan yang sama kat aku. Jangan plak dah beli nanti tak main plak. Balas balik tu. Iskk..
Favourite game kitorang selain bola setakat ni (hubby aku jek suka bola ni. Aku men jugak sebab nak jaga buah hati aku tu) adalah Up!. Alaaaa.. Movie yang kuar tahun lepas pasal pengembaraan sorang budak dengan orang tua yang naik rumah terbang.
Awal betol tahun ni dapat hadiah anniversary. Tak kisahla. Setelah seminggu PS2 menjadi ahli keluarga baru, apa yang nyata aku ngan hubby asik giler mengadap dier 24/7. Cian Ilham dipinggirkan. Awal-awal Ilham ok jek. Sonok jek dier tengok kitorang main game. May be sebab animation tu colorful dan gerak2. Tapi lately asal nampak kitorang ngadap PS2 jek dia mulalah merengek. Pastu nak menempek kat aku. Aduhaiii... Bijak sungguh!
Ohhh.. Ini juga favorite aku! Melompat-lompat di atas dancing pad mengilut alunan music. Cam perasan best jek bler bleh menari ikut lagu Enrique Iglesias.. Hihiii...
Sue, mmg best.. i n hubby pun kdg2 smpai berebut giliran nak main..hheheh..
ReplyDelete