Sunday, January 24, 2010

Vaksin H1N1.. Perlu ker??

Image dari Google

Menteri Kesihatan kita telah announce tentang vaksin H1N1 sebanyak 300 000 untuk golongan berisiko- ibu mengandung, mereka-mereka yg mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan hypertension, kanak-kanak dan warga emas. Sesetengah klinik kesihatan dah ada vaksin ni.

Peringkat awal vaksin H1N1 telah diberikan kepada seluruh frontliners Malaysia macam doctors, nurses, pharmacist, medical assistants dan lain2 individu yang terlibat dalam bidang kesihatan sejak hujung tahun lepas lagi. Semua petugas kesihatan perlu menandatangani consent untuk mengambil vaksin ni. Yang tak mo amek pon kena sign jugak menyatakan tidak bersetuju untuk ambil. Ada juga terdapat frontliners yang tak mo amek vaksin ni. Antara reasons diorang ialah:

1) Nak observe dulu macam mana reaction staf yang da amek. Nak tengok side effects yg diorang experience. Kebanyakan staf mengalami common side effects macam demam, rasa sakit kat tempat injection, rasa lemah badan, sakit paler, loya dll.

2) Untuk sesuatu produk farmaseutikal berada di pasaran kajian yg diperlukan bukan sehari dua. More than 10 years ok. Sedangkan produk yang dah bertahun-tahun kat pasaran pon kena tarik balik sebab side effects yang baru dikesan. Produk farmaseutikal jugak perlu menjalani beberapa fasa clinical trial sebelum boleh berada di pasaran. Vaksin H1N1 amek masa 6 bulan jek!

3) Reaction atau keberkesanan sesuatu produk tak sama untuk semua orang. Ok untuk ko blom tentu ok untuk ko yg satu lagi. Tak jadi kat ko yg ini blom tentu tak jadi kat ko yg itu. Fisiologi setiap orang berbeza!

Kalau google kat internet macam2 isu pasal vaksin ni dipersoalkan.

1) Halal ke tak vaksin ni?

Kalo vaksin H1N1 brand Pandemrix keluaran GSK insyaAllah halal. Sebab vaksin ni dihasilkan menggunakan medium telur. So kalo sapa alergik telur sah2 tak bleh. Tapi kan yang jadi isu satu lagi vaksin keluaran Baxter. Brand name vaksin tu Celvapan. Kalo ikut leaflet Celvapan dihasilkan melalu Vero cell-continous cell line of mammalian origin. Ada jugak yg cakap porcine base a.k.a khinzir. Yang ni aku tak sure sbb the leaflet cuma mention mammalian origin tapi tak gitau plak binatang apa. Yg aku tau kt Malaysia cuma ada Pandemrix. Tapi korang kena btol2 make sure brand apa sebelum wat decision nak amek. Yer la. Benda2 syubhah ni elok dijauhkan.

2) Kandungan thiomersal yang terdapat di dalam vaksin yang boleh merbahayakan kesihatan?

Thiomersal digunakan di dalam vaksin sebagai pengawet. Ada yg berpendapat kandungan thiomersal ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser. Btol ker? Ini kenyataan yang aku amek dari WHO.

Thiomersal does not contain methyl mercury, which is a naturally-occurring compound and whose toxic effects on humans have been well studied. Thiomersal contains a different form of mercury (i.e. ethyl mercury, which does not accumulate, is metabolized and removed from the body much faster than methyl mercury).

The safety of thiomersal has been rigorously reviewed by scientific groups. There is no evidence of toxicity in infants, children or adults, including pregnant women, exposed to thiomersal in vaccines.

3) Vaksin ni boleh menyebabkan Guillain-Barre Syndrome (GBS) ?

GBS- rapidly developing, immune-mediated disorder of the peripheral nervous system that results in muscular weakness. Most people recover completely but some have chronic weakness. It can develop following a variety of infections, including influenza. In people who have been immunized with available vaccines, the frequency of GBS usually is the same as in unvaccinated people-WHO-

Tahukah korang pada tahun 1976 semasa kempen vaksinasi influenza 10 persons per million vaccinated persons developed GBS (pesal cam ngeri je nih??) Ni yang WHO jawab.

The reason why GBS developed in association with that specific vaccine has never been firmly established. The potential for the development of a similar risk with future vaccines can never be totally excluded. However, pandemic influenza vaccines are manufactured according to established standards, and are similar to recent well-studied influenza vaccines that have shown no association with GBS. Surveillance after vaccines have been sold (post-marketing surveillance) is being conducted to look for potential developments of serious adverse events. Safety monitoring systems are an integral part of strategies for the implementation of the new pandemic influenza vaccines.

4) Cukup ke 1 dos ataupun kena amek 2 doses to boost the immune system?

Immunization experts recommend a single dose of vaccine in adults and adolescents from 10 years of age and above, provided this use is consistent with regulatory authorities' indications. More study is advised on effective dosage regimens for immuno-suppressed persons for whom two doses of vaccine may be needed. Where national authorities have made children a priority for early vaccination, experts are advising one dose of vaccine to as many children as possible over the age of 6 months and younger than 10 years of age. Recommendations on numbers of dosages may need to be adapted rapidly as new data emerges. -WHO-

Menteri Kesihatan memberi jaminan sesungguhnya vaksin ni selamat untuk digunakan. (Kenapa rasa macam tak selamat jek).

Tadi Ketua Jururawat datang. Dia gitau Timbalan Pengarah cakap sapa yang blom amek vaksin H1N1 wajib amek. Biar btol? Pesal nak berwajib2 plak. Dah tu pesal nak sign consent kalo wajib. Aisehhh.. Doakan aku selamat yer..

Wednesday, January 20, 2010

Akhirnya aku kembali beraksi..

Kerahan tenaga yang mendera mental dan fizikal berakhir. Yeyyyyy...!!!
Hidup aku kembali normal. Mengenangkan saat diri terdera tak der mender lain aku fikir. Asyik nak quit job jek. Hati ni asyik menyampah kat orang memanjang.

2 bulan ni aku banyak berhutang masa dengan dua jejaka.. HUBBY dan BABY. Tq papa and ilham. Banyak sangat tolong mama.

Papa..My MR MAMA. 2 bulan ni dialah yang uruskan rumah dan ilham. Ohh.. dah tentu keje breastfeed masih tugas aku la. Takkan my hubby plak kan. =p
Banyak yang hubby tolong. Kemas rumah, cuci tandas, sapu sampah, basuh barang2 nyusu dan botol2 susu, sidai kain, lipat kain, mandikan ilham, basuh poopoo ilham, hantar makanan di kala aku kena keje sampai malam, amek susu yang aku perah kat ofis dan hantar kat babysitter di kala susu aku tak cukup nak supply untuk ilham sampai malam, siap2 kan barang2 ilham untuk bawak ke umah bbsitter, jaga ilham di hujung minggu di kala aku kena keja weekend, tolong risau bler aku terlambat sampai umah kalo keje malam, memasak (owhh.. dia sangat gila memasak 2 bulan nih). Itu tak termasuk rutin dia di ofis dan keje2 ofis yang dibuat di rumah. Malam2 sebelum tido dia jugalah yang tukar diapers ilham sebab aku dah terlepek tido. Serius.. kalo difikir-fikirkan apa yang dilalui selama 2 bulan ni..rasa bersalah, terharu dan sayang sangat333 kat hubby. Aisehh.. rindu plak! =p

Ilham..my lil' one. Owhh.. sangat kesian hidup dia 2 bulan lepas. Di kala aku kena keja malam dan weekend untuk 2 minggu berturut-turut ilham demam plak. Plus diarrhea lagik. Kata hubby ilham kurang kasih sayang. Mama sebok keje. Sebab tu demam ilham payah nak baik. (Actually hubby nak gitau dia kurang kasih sayang jugak. Macam la aku tak faham =p) Rasa menusuk sangat walopon hubby cam gurau2 jek nada suara dia masa cakap camtu. Aku ingat lagi. Hari tu hari Jumaat. Last day aku kena keje sampai malam untuk bulan tu. Tapi last2 aku minta sorang staf aku tolong ganti. Sebab kata2 hubby aku asik terngiang-ngiang jek kat telinga ni. Nak wat keja pon tak tenang. Hari tu aku keja sampai pukul 11 pagi jek. Pastu amek off terus chow balik umah. Amek ilham kat umah babysitter. Kat umah sepanjang masa aku baring jek ngan ilham sambil belai2 dia. Sengih jek dier tengok aku. Tak aktif sangat pon dia masa tu sebab still demam. Tapi tak henti2 senyum tengok aku. Tersentuh gila masa tu. Rasa bersalah pon ada. Yupppp.. ilham nampak sangat happy walopon lemah. Btol cakap hubby. Ilham nak manja2 ngan aku sebenarnya. Yer la. Masa tu walopon malam2 melekat jek ngan aku time nyusu tapi aku memang mengaku la masa yang aku ngan ilham spend sama2 tak berkualiti langsung. Mana taknya. Balik keje aku da terlepek letih. Tak sempat nak main dan gurau2 ngan ilham. Masa nyusu ilham pon aku tertido tak belai2 dier dah.

Cukup2 lah apa yang dah jadi 2 bulan lepas. Aku akan make sure benda macam ni takkan jadi lagik. 2 jejaka ini sangat penting dalam hidup aku. Irreplaceable kay. Sayang sangat!!

Tuesday, January 19, 2010

Lagi lagi Klinik 1 Malaysia.. Enuff..!!!


Aku rasa 1 Malaysia dah tau pasal klinik nih. Berbekalkan peruntukan sebanyak Rm50 juta untuk merealisasikan projek ini maka lahirlah sebanyak 50 buah klinik 1 Malaysia ini di seluruh negara. Ulang suara. RM 50 juta.. 50 juta okehh!!! Bukan 5 kupang!

Fungsi klinik ni untuk merawat kes-kes ringan. Ulang suara. KES RINGAN. Macam demam suam2 kuku, hingus2, fenin2 lalat, luka jatuh2 manja dan apa2 yang sewaktu denganya. So kalo dah tau diri tu ada sakit jantung, semput, darah tinggi, kencing manis dan apa2 jek yang kronik tak payah la pi Klinik 1 Malaysia nih. Depa tak simpan ubat sakit2 kronik cani.

Oh yaa.. Kalo dah nama klinik tu ada 1 Malaysia maksudnya Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kann.. kann.. Ohhh.. alangkah murni nya!

Untuk merealisasikan satu projek mega (uhuk333.. mega kah??) banyak yang perlu dikorbankan. So many peoples had to sacrify their blood, sweat, money and pain for this. (Blood?? Are u serious??) Duit tu yg tak termasuk duit perutnukan yg kerajaan bagi tau. I repeat PAIN..!! oooucchh..! Sakitnya!! So, use it wisely..

Monday, January 18, 2010

10 bulan sudah!

Ilham dah 10 bulan.. Ohhh myyy..!!! 2 bulan lagi cukup setahun umur dia. Biar betik??? Rasa macam baru jek lepas pantang. Ilham masih menyulur. Dan cuba2 sedaya upaya untuk merangkak. Ohh sayang mama.. Mak tok cakap mama dah bleh berjalan masa umur mama 10 bulan. Ilham buat mama risau jek dengan progress ilham sekarang. Kalo ilham bleh berjalan lagi la aku bertambah risau. Ada jek benda2 tak patut buat dia pi buat plak nanti. Sekarang ni pon dalam walker ligat jek dia. Aku ni asyik jerit- ilhammmm.. jangan..! No!! Don't u ever touch dat! U cannot play with dat!! Kadang2 dia dengar dan faham. Tapi selalunya dengar dan buat2 tak faham!! Grrrrr.. Btol cakap kawan aku. Kalo nak kurus, get yourself a baby boy. Kena tangkas dan energetic. Tak leh slow. Kalo tak macam2 benda yang tak nak jadi akan jadi seperti-jatuh katil =p

Setiap ceruk rumah adalah playground ilham sekarang. Favorite dia main tarik tutup laci, main remote tv n astro, tarik diapers satu2 dari plastik dan sepahkan, tarik kad astro dr slot, tarik ironing board (sib baik tak terbalik) etc. SO kesimpulan nyer apa jek bnda yg bleh ditarik2 dia suker. Mainan yang aku beli slalunya tak sampai 5 minit main da boring.

Aksi 18SG ilham yang aku sangat tak leh accept adalah panjat walker. So kalo nak letak ilham dalam walker memang kena tengok dia slalu. Every second. Kalo letak dia kat bawah pon masalah jugak. Dengan rumah yang sempit dan banyak barang ni banyak ruang yang sangat la merbahaya untuk ilham. So sejak jadi mama ni hidup aku penuh dengan kerisauan. Kalo dia bleh jalan nanti lagi la. Asyik bimbang jek. Panjat sana. Panjat sini.

Ohh yaa. Ilham masih belum tumbuh gigi lagi. Selamat b* aku. Tak la luka masa menyusu. =p Cakap pasal menyusu nih sedih aku. Ilham no longer fully breast-fed baby. Aku target nak fully breast-feed ilham sampai umur dia setahun. Tengok2 masa umur ilham 9 bulan aku knea top up ngan Nursoy sebab milk supply aku merudum. Selalu sekali pam bleh dapat 7-8oz. Tapi semenjak dua menjak itu nak dapat 4oz pon berchenta hendaknya. Almost 50% tuh milk supply tersungkur. faktor utama ada 2 jek.
1) Stress.. stress.. stress
2) Heavy mensus

Macam2 aku cuba buat nak banyakkan susu. (Macam2 kah?) Aku try amek Maxolon jugak. Tapi kurang berkesan. Kesian gler ilham masa tu. Badan susut gler. Dah la demam dekat 2minggu plus diarrhea lagik. Masa tu ilham tak nak makan paper. Nak susu jek. Susu aku plak kurang. Masa tu Nursoy tu nak abeskan 2oz pon susah. Aku ni susah hati tak yah cakap lah. Now, milk supply aku slightly ada improvement day to day. Aku tak buat paper pon. Yang pasti hidup semakin tenang dan mensus pon dah berlalu. Ilham plak semakin bleh terima Nursoy.

Kenapa Nursoy?

1) Aku nak beli Isomil. Sekali tak jupe plak yang bawah setahun pny. Tak de stok kot. So dalam keadaan emergency beli la Nursoy.

2) Ilham allergic to cow's milk! Dats why la aku cari soy base milk. Aku realize ilham tak leh minum susu lembu sejak aku try bagi cereal Nestle yang stage 2 kat ilham masa umur dia 8 bulan. Naik rashes teruk sangat area mulut lepas makan cereal ni. Masa try bagi minum Enfalac pon jadik camtu. Untuk confirm kan hal ni aku siap wat rechallenge lagik. Aku try titiskan fresh milk kat pipi ilham. Memang merah tempat yang kena fresh milk tu! Cian ilham. Mama wat eksperimen plak yer.

Tapi kan. Aku ada terbaca soy milk tak bagus untuk perkembangan baby boy. Betul ke? Aku kena google lebih info lagik pasal ni pasni.

Monday, January 4, 2010

Cutest Baby Of The Planet 2009


NAMA: MUHAMMAD ILHAM RAFIF B. MOHD FHAIZAL
DOB: 15 MAC 2009

MBP memerlukan 6 lagi calon baby yg kiut miut, sihat dan segar bugar untuk menjadi peserta dalam pertandingan Cutest Baby of The Planet 2009. Hadiah kencang wehhhh... Actually contest ni adalah kesinambungan dari cutest baby contest yang dianjurkan MBP setiap bulan yang menggunakan pelbagai tema. Setakat ni calon yang confirm jadi peserta untuk Cutest Baby of The Planet 2009 ada 14 orang. Baby2 yang 14 orang ni adalah baby yang menang tempat pertama dn kedua pertandingan yang dibuat setiap bulan tu. Disebabkan pertandingan ni nak cari 6 lagi peserta bagi mencukupkan korum, makanya tiada hadiah untuk yang terpilih. Tapi kan.. yang terpilih untuk jadi peserta dalam contest ni tetap akan dapat hadiah walopon tempat ke berapa pon baby korang dapat dalam Contest Cutest Baby of The Planet 2009. Sebab MBP dah sediakan 20 hadiah!!! Menariksss kan...

Cara nak masuk contest ni senang ajer. Tak de tema. Tak yah tulis bla..bla..blaa.. nak citer pasal tema (which is aku sangat la lemah bnda2 mengarang nih). Syarat2 dia mudah jek. Aku copy paste kat bawah.

Related links

MomBloggersPlanet : http://mombloggersplanet.com

Cutest Baby of The Planet 2009 Contest:

http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby

Syarat2 penyertaan.
  1. Get the best photo of your baby – ONE picture only!
  2. Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.
  3. Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009
  4. Include a link to this nomination page in your entry
  5. Include a link to MomBloggersPlanet in your entry
  6. Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page
  7. Leave a comment here with link to your blog post (permalink)

Please note that the below link must be included:

Link to MomBloggersPlanet in entry: http://mombloggersplanet.com

Link to this nomination page in entry and banner:

http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/

Here is the banner for the sidebar.

Blog yg bersawang dan kerahan tenaga yg tak berpenghujung..

Cutest Baby Smiling Contest yg aku join ari tu by MBP dah kuar. Satu pon tak sangkut..
Aku yg tak reti buat entry yg kreatif or ilham punya smiling tak cukup kiut vs baby2 lain. Hahaha... sapa cakap ilham nyer smiling tak kiut. Nak gigit2 jek tengok ilham senyum. Tak de rezeki la tu. So aku kena sedaya upaya curi masa wat entry untuk Cutest Baby of The Planet 2009.

This is my very 1st entry for year 2010. Tak de pon entry penutup 2009. Tak de jugak entry untuk 2010 opening. Ok... aku tau. Sana sini dah berhabuk dan bersawang. Penutup tahun 2009 dilalui dengan hari2 yang sangat memenatkan kepala, badan dan otak. Macam2 program yang nak tak nak kena beroperasi on the 1st day of 2010. Sangat malang bler Perlis tak cuti new year. Bersilat dan bercakpong aku nak buat semua benda. Ditambah plak dengan orang bawah yang kena ketuk2 baru nak jalan. Aku ni pon apa lagi mengamuk la dengan cara berhemah.

Tahun 2010 dimulakan dengan kerja 7 hari seminggu untuk 2 minggu berturut-turut. Penat? Lebih dari tu. Minggu pertama kena keja 13 jam tiap2 hari. Kalo keja kilang ada OT kay. OT=duit=masyuk. Aku? Claim time off jek. So.. SPA, KKM dan mereka yg sewaktu dengannya. Jangan la sekali2 tarik elaun kritikal untuk orang macam aku ni. Time off aku dalam sebulan jek dah 25 jam lebih. Bler nak amek tu?? Kalo amek off keja tak jalan. Sapa nak buat keja yg berbukit2 tu??

So.. patutkah aku berambus dari sini?? Cari keja lain?? Uwaaa... bonded weiii. Nak blah kna bayar!!!