Tips ni berdasarkan pengalaman aku sendiri
yang menjadi salah seorang mangsa banjir di utara semenanjung ni.
1) JANGAN PANIK!!
Bila ada orang buat announcement air dijangka naik setinggi bla..bla.. jangan kelam kabut merintih bagai. Kalau panik jugak tarik nafas dalam-dalam. Biasalah kalau tiba-tiba teringat movie 2012. Jangan over. Be realistic. Movie dengan real world lain.
2) BAWA BARANG PENTING SAHAJA
Semestinya bukan semua collection baju dan kasut. Kalau kete muat semua collection tu bleh jek nak usung.
Barang-barang yang MESTI bawa:
a) Baju untuk stok seminggu
b) Makanan yang tahan lama macam instant food, biskut, roti, instant drinks (bawa air masak banyak2)
c) Selimut, bantal, tikar, toto
d) Buaian (kalau anak tdo dalam buai)
e) Toileteries
f) Susu anak (sangat beruntung orang yang breastfeeding)
g) Thermos nak isi air panas
h) Cerek elektrik
i) Dokumen penting- IC. surat beranak, buku bank/tabung haji, geran rumah/tanah/kereta
j) Mug, sudu, mangkuk/pinggan
3) Kalau ada kereta lebih dari sebijik selamatkan kereta tersebut dengan meletak di tempat yang kompem takkan banjir seperti bukit, gunung atau highover highway/jalan
4) Tinggikan barang-barang.
Gunakan apa sahaja peralatan yang water resistant untuk selamatkan barang-barang contohnya batu-bata, meja/kerusi plastik, meja/kerusi kayu solid, meja/kerusi besi. Kalau tak de nak pi beli pon ok sangat. Sebab kerusi plastik murah jek. (Tips ni untuk kawasan yang paras air naik tak tinggi. Kalau paras air lebih 1 meter minta maafla yer)
5) Pastikan basuh semua baju busuk di basuh siap-siap. Sebab semasa/selepas banjir bekalan air bersih tak de/kurang
6) Tutup lubang-lubang pada semua pintu tak kira la pintu masuk @ pintu dapur @ pintu bilik dengan kain. Penting sangat benda ni untuk mengelakkan binatang macam ular @ serangga kecil masuk rumah semasa banjir. Selain tu ia jugak dapat melambatkan pergerakan air masuk ke dalam rumah.
7) Tutup suis utama dalam rumah sebelum tinggalkan rumah.
8) Kosongkan peti sejuk
Makanan yang tak tahan lama akan menyebabkan peti sejuk korang busuk. Yer la. Semasa banjir biasanya bekalan elektrik takde.
9) PREPARE FOR THE WORST!
Jangan fikir- alaaa... kat sini air biasanya naik paras buku lali jek. So kete selamat jek kat sini. Barang-barang tak yah angkat tinggi-tinggi. Ingat!! Banjir tahun ni menunjukkan tempat-tempat yang biasanya air naik paras betis akhirnya air naik paras pinggang. Tempat yang tak pernah banjir pon bleh banjir. So tak rugi bersiap-sedia dari awal. So that kita akan dapat menerima kenyataan dengan seadanya kalau keadaan lebih teruk dari jangkaan. Harta benda pon selamat. Sorang member yang baru beli peugeot akhirnya ketenya itu minum air banjir dengan jayanya sebab berfikiran alaaaaaaa nih la.
10) Belajarlah dari pengalaman.
AMBIL IKHTIBAR DARI KISAH LALU
Semua orang tahu banjir besar di utara pernah terjadi masa 2005. Memang betul banjir tahun ni lebih teruk berbanding 2005. Tapi ada sesetengah pihak tidak belajar dari pengalaman lalu dan bersikap tunggu dan lihat jek. Aku akan bagi contoh pasal benda ni dalam entry lain.