Wednesday, May 26, 2010

Vaksin HPV untuk si gadis 13


Tahun lepas kerajaan telah meluluskan bajet sebanyak RM 150 juta untuk Program Pelalian (Vaksinasi) HPV. Banyak okeh..

Apa itu HPV?

HPV=Human Papiloma Virus. Virus ni lah yang menyebabkan kanser serviks yang telah menjangkiti 1500 wanita Malaysia setiap tahun. (Scary kan??) Kanser serviks merupakan kanser yang ketiga tertinggi yang menjangkiti wanita Malaysia selepas breast cancer dan colorectal cancer (kanser usus).

Peranan Vaksin HPV-mencegah kanser serviks.

Vaksin ni akan di cucuk di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan
Suntikan pertama: tarikh vaksin pertama yang dicucuk di sekolah
Suntikan kedua: 1 bulan selepas suntikan pertama
Suntikan ketiga: 6 bulan dari suntikan pertama

Vaksin dicucuk di lengan la. Yup.. saya dah mention kat atas. Tapi nak mention jugak lagik sebab ada kes sorang budak sekolah ni balik rumah citer kat mak dia cikgu cakap kena cucuk dekat pangkal rahim. WHattttttt???? Sib baik si mak tu nurse. So tau la ada cikgu-cikgu kat sekolah yang salah faham pasal benda ni. Haiihhhh...

Di Malaysia, kerajaan mengambil langkah mewujudkan progam Pelalian HPV bagi mengurangkan kos rawatan kanser serviks untuk 20 tahun akan datang. Rawatan kanser di Malaysia free of charge kalo spital government la. Kalo 20 tahun lagi tatau la FOC ke tak kan. Dan dah tentu 20 tahun lagi kos rawatan berganda-ganda dari sekarang. Jadi langkah pencegahan adalah yang terbaik.

Siapa yang terlibat dalam Program Pelalian HPV?

Untuk yang masih bersekolah-semua gadis yang berada di Tingkatan 1.Tak kisahlah umur dia masa Tingkatan 1 tu berapa tahun. Kalo umur 10 tahun dah masuk Tingkatan 1 bleh jek amek vaksin ni
Yang dah quit sekolah-semua gadis berumur 13 tahun
Gadis-gadis yang berada dalam gologan di atas perlu mendapat kebenaran dari ibubapa/penjaga sebelum cucuk yerr.. Gadis-gadis yang bersekolah mesti cikgu-cikgu korang dah citer pasal program ni. Ibubapa/penjaga tentu dah dapat borang consent untuk sign nak bagi ke tidak anak-anak korang cucuk vaksin ni.
Gadis-gadis yang tidak tergolong di dalam group di atas kalo nak cucuk gak kena pi private hospital/clinic lah yer.

No comments:

Post a Comment