Sunday, December 6, 2009

Ilham jatuh katil..!!!

Disebabkan terlalu letih lepas balik dari Cameron Highlands, aku ngan hubby tido tak hengat nyer. Ilham plak dengan relax nyer bangun awal. Masa tengah nyusu ilham tetiba aku terdengar bunyik sumthing jatuh. Bler buka mata aku tengok ilham tak de kat sebelah. Hubby tengah lena tido sebelah aku. Aku terlelap masa nyusu ilham (selalu pon tido sambil nyusu =p) Terus aku bangun. Tengok2 ilham dah terlentang kat atas lantai. Bler ilham nampak jek aku terus nangis gler2 nyer kuat. Panik gler aku. Bunyi ilham jatuh tu kuat gak la. Macam2 benda tak elok terlintas kat paler ni. Tapi dalam hati ni tak henti2 berharap ilham ok. Masa tu rasa bersalah sangat. Asik blame diri jek nape careless sangat. Ilham da makin aktif pusing sana sini. Patutnya aku amek extra precaution. Biasanya ilham tak de la over sangat kalo aku ngan hubby ada sebelah dia atas katil. Tapi....semalam entah apa yang dia nampak kat hujung katil tu. Ahhh... my bad!!

Bawak ilham jupe doctor. Doctor cakap observe ilham for 24 hours. Kalo ada muntah2 or tak aktif macam biasa memang sumthing wrong la. Doctor cakap la dalam otak baby ada satu ruang yang bertindak macam kusyen yang menyerap hentakan. Should be no prob. So far aku nengok ilham aktif macam biasa. Cuma risau tu tetap ada.

Akhirnya terjadi jugak hal jatuh katil ni dalam kitorang berjaga2. Ilham nak jugak jatuh kat tempat dia lahir, kat Kulim. Sigh....

Make Money Thru TWIVERT

Are you twiterer????
Do you know that you can earn money while twitting??
TWIVERT is cool! TWIVERT provide ads which you can share with your friends thru twitter.
When anybody click on these ads, you will get paid. Easy eh??

Aku jarang twitting. So menambah twivert di dalam akaun twitter di samping churpchurp adalah hal suka suki mengklik itu dan ini. Seronok try benda baru. Kan???

Thursday, December 3, 2009

AKPK: Tentang Duit Kamu dan Hutang Kamu

Hari keempat tersadai di bilik menunggu hubby habis kursus, MHI dah jadi must watch programme aku kat Cameron Highlands ni.

Aku nak share sumthing yg useful. Pernah dengar AKPK??
Iklan AKPK ni selalu jek kuar kat tv. Tapi aku tak pernah amek pusing langsung sehinggalah aku tengok satu slot khas dalam MHI bercerita tentang AKPK. Dengan masa yang sangat banyak untuk surfing internet aku pon godek2 la pasal AKPK. Fyi, AKPK website ni ada dua version. Malay and English.

AKPK atau pun penuhnya Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit adalah satu agensi di bawah Bank Negara yang ditubuhkan pada April 2006 bagi menyediakan kaunseling kewangan dan pengurusan hutang kepada mana-mana individu secara percuma. Yupp..!!! Perkhidmatan yang diberikan adalah PERCUMA!!!!

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan Pengurusan Kredit. Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

One more thing yang menarik yang aku jumpa di dalam web AKPK, diorang ada bagi tips tentang pengurusan kewangan. Antara artikel yang menarik:
1) Hidup Dengan Duit Yang Sedikit
2) Hubungan Anda Dengan Duit
Banyak lagi artikel menarik yang lain yang bleh korang baca di sini.

Till now.. happy reading!!

Wednesday, December 2, 2009

"Perkahwinan Adalah Tempat Untuk Mencari Teman Hidup.."

Aku tersadai di bilik on day 3 hubby aku kursus. Aku kat Cameron Highlands sekarang ni. Ikut hubby berkursus. Aku cuti seminggu. Yahoooo.... best btol tak pi keja.
Melayan Ally Iskandar dan Ahmad Fetri host rancangan MHI membebel pagi2.
Anang menjadi tetamu penutup rancangan MHI hari ni. Bercakap tentang album dan yang paling hangat mestilah tentang perpisahan dia dengan KD. Anang sangat cool bercakap tentang kisah itu. Namun jauh di sudut hati seolah2 bleh rasa getar suara Anang ketika mengalunkan lagu 'Separuh Jiwaku Pergi'. Ada satu part tak kuar perkataan dari mulut Anang semasa menyanyikan lagu tu. Hurmm... Gler kentang punya cool. Kisah Anang dan KD terlalu besar dan hangat diperkatakan di Malaysia dan tentu lebih lagi di Indonesia. Dalam masa yg singkat Anang boleh berhadapan dengan public. Malah bercerita tentang kisah hidup dia macam tak de hal jek. Kalo aku di tempat Anang mesti setahun dua baru buat comeback.

Dan yang paling menangkap telinga aku bila Fetri berkongsi satu ayat yg menurutnya dipetik dari Prof. Hamka "Perkahwinan adalah tempat untuk mencari teman hidup.. bukan teman tidur"
Kalo hubby dengar ayat ini jugak apa agaknya yang hubby akan komen. Tunggu hubby balik masa tea break nanti.

Sunday, November 29, 2009

Sedih

Unstable..
.
.
.
.
.
.
Fragile
.
.
.
.
.

Sedih aku bler orang tu cakap aku merapu jek
Padahal apa yang aku tulis adalah pesanan dan panduan untuk ilham
Sedih aku bler orang tu cakap aku blogging ni hangat2 taik ayam
Awal2 rajin. Lama2... (smbg sendiri.) Internet di hujung jari pon malas nak on pc.
Padahal dia lah orang tu yang patut memberi aku moral support untuk buat benda2 baik sebab tujuan aku start blogging untuk menulis tentang ilham
Sedih aku bler aku berkorban perasaan aku untuk semua
Tapi tak de saper jaga perasaan aku
Dan akhir nya aku teringat satu lagu ni...

Biarlah aku menjaga perasaan ini ooooooooooooooooo
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
(smabung sendri aku tak hingat dah lirik dier)

Separuh jiwanya pergi..

Aku benci orang yang mengaturkan itu ini melibatkan aku tanpa pengetahuan aku!!!
hangin!!!!!!!!!!!!! *off topic*

AMARAN... ENTRY JIWANG..!!!
JANGAN BACA KALO ADA SIMPTOM LOYA
SEBAB AKAN BERAKHIR DENGAN MUNTAH YG TERUK
A.K.A HYPEREMESIS

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Mesti korang da penah dengar lagu baru Anang, "Separuh jiwaku pergi". 1st verse lagu tu dah cukup untuk menggambarkan perasaan Anang terhadap perpisahan dia dengan KD. 1st time aku dengar lagu tu kat Hot.fm time on da way nak pegi keje. Sekali dengar pon dah bleh rasa 'rasa itu'. Macam Azhar Sulaiman DJ bersama Faizal menggantikan Farah Fauzana cakap pada hari tu bila dengar lagu ni boleh faham macam mana perasaan Anang. (sumthing like dat) Menghilangkan separuh jiwa yg derita memang akan berakhir dengan bahagia. Tak luak pape pon. Untung lagi ader la. Tenang je hidup. Tak de la berendam dengan air mata. Jiwa pon tak kacau.

Pengkhianatan yang diceritakan dalam lagu ni membawa aku ke lagu "Hey Ladies" nyanyian Rossa.

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Antara lagu favourite aku ni. Catchy!! Mana ada lagu yang cakap laki busuk!!! Lagu ni macam amaran untuk lelaki. Perempuan bisa buat apa saja. Jangan sesekali disakiti. Kalo sekali perempuan terluka dan bertindak, jangan cakap separuh jiwa lelaki yang hilang takut nanti nyawa pon hilang. muahaha.. Gler kentang 18SG.

uiiii.. Seksis ke aku ni?? Hahaha.. Tidak sama sekali. Aku tidak menyokong/membela perempuan ataupun antilelaki membuta tuli. Cuma aku nak share apa yang pernah ustazah aku cakap. Kalo relationship kita dengan orang lain bermasalah tak kira lah hubby/wife, parents, anak2, kawan2, jiran tetangga dll, check balik relationship kita dengan ALLAH. Di situ kita akan nampak punca segala. Jika baik hubungan kita dengan ALLAH, insyaAllah eloklah hubungan kita dengan orang lain.

Benar kita solat, cukup ke 5 waktu???
Benar cukup solat kita 5 waktu, tapi sempurnakah jika dilaksanakan hujung2 waktu??
Benar kita bersedekah, apakah ikhlas dengan menyebut2nya???
Benar kita ikhlas memberi, tapi apa cerita kalo kita dok berkira2 lps tu plak??

Sekali sekala muhasabah diri, merenung jalan hidup yg dipilih dapat membantu kita melihat diri. Try la.. =)

Kepada ilham anak mama, suruhan Allah dan RasulNya dah jelas. Tinggal nak ikut ke tak jek. Apa yang elok dari mama dengan papa ilham ikut. Apa yang tak elok yg ilham nampak kat mama ngan papa jauhkanlah. Sesungguhnya kami hamba yg lalai.
Semoga Allah merahmati dan melindungi suami, anak dan family aku. Aminnnnn...

Thursday, November 26, 2009

Finally ilham terpaksa minum Formula Milk!!!

Hal ni hanya disebabkan oleh sebijik burger!

Ahad malam yg lepas aku makan burger. Hv to admit dat burger 2 hari lps pny. But kept it properly in the fridge. Aku tengok elok jek lagik. So makan je lah. Tengok2 pagi Isnin tu aku diarrhea. Ingat kan besa jek. Tapi kat tmpt keje pon aku asik ulang alik gi toilet. Ada la dekat 5 kali in 5 hours. Last2 aku amek MC. Badan pon cam da lesu. Ingat nak baring jek. Staf kat situ bleh plak wat lawak cakap aku kena taun. Hissshh.. Hari ni hari keempat tapi still tak ok. But better sket. May be sebab minum vitagen.

Big prob nyer milk production menjunam sampai menyembah bumi. Aku dapat 6oz jek semalam. Cukup untuk 2 kali feeding plus ada stok 1 bekas so 3 bekas jek untuk ilham.!! Nak tak nak aku terpaksa la supply FM kat bbsitter. Fyi stok EBM aku licin sejak lepas raya ari tu. Sib baik sejak ilham start solid food dia consume 2.5oz x 5. Cukup la amount yg aku pam ari2 kat opis. Sedihhh..? Kalo sakit2 cani ingat mati jek. Kalo aku tak de sape nak jaga ilham. Kalo susu tak de bleh ikhtiar lagi untuk banyakkan. Kalo nyawa tak de???? Ya Allah. Mohon dipanjangkan usia hamba Mu yg tak de pape nih.

Semalam time kt opis risau jek fikir pasal ilham. Ok ke tak ngan FM. Masa ilham warded for 2 weeks after lahir dlu doc pnah try bagi FM. End up ilham muntah teruk siap bloating lagik. Time tu aku warded kat hospital kulim. Ilham plak kena transfer p hospital Alor Star sebab da tenat sangat. Sejarah berulang lagi. Bbsitter aku ckp ilham muntah lepas minum FM. Bbsitter aku buat sket jek 1 oz. Tapi dia still tak leh terima. Cian anak mama. Sori la sayang. Mama dah cuba. Hopefully bler mama da recover milk production pon akn balik ke normal. Sib baik esok cuti. Next week plak aku cuti seminggu sebab join family day opis hubby.

Perut sakit lagik. Still diarrhea. Kalo gi hospital takut plak kena warded. Aku nak raya!!!
Related Posts with Thumbnails